TINJAUAN KE KAMPUNG TAI LEE, BUNTONG YANG DILANDA BANJIR





 Hujan lebat pagi ini menyebabkan banyak kawasan di Ipoh dilanda banjir. Walaupun sesi parlimen sedang dijalankan,YB Kula berkesempatan  memantau dan meninjau ke Kg Tai Lee Buntong petang ini bersama Skuad DAP Ipoh Barat untuk memahami situasi serta membantu warga-warga penduduk yang terjejas dari insiden banjir ini. 




Kami dapati bahawa jalan dan padang ditenggelami air walaupun hujan telah berhenti pagi ini. Kebanyakan kediaman warga penduduk di kawasan tersebut juga dinaiki air .Perabot rumah juga telah musnah. Mereka berasal daripada golongan miskin.  Kerja pembersihan telahpun dihulurkan oleh Skuad DAP Ipoh Barat pagi ini.




Sehubungan dengan ini, YB Kula menyeru pihak berkenaan supaya menitikberatkan masalah ini dan mencari penyelesaian yang efektif. DAP Ipoh Barat akan menghulurkan bantuan terhadap mangsa- mangsa yang terlibat dalam insiden banjir ini. 

Comments