Majlis Makan Malam Deepavali anjuran DAP Chenderiang

Pengerusi DAP Chendering, Sdr. Richard dan isterinya Sdri. Wenni bersama pasukannya telah menjayakan Majlis Makan Malam bersama rakyat sempena sambutan Hari Deepavali. Seramai 300 orang daripada pelbagai kaum termasuk Orang Asli orang hadir di Pusat Perkhidmatan DAP Chenderiang. Pelbagai makanan kaum India telah dihidangkan kepada masyarakat tempatan.

Turut hadir YB. Chen Fook Chye, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Keranchi, Sdr. Frankie Wong, Pengerusi Pusat Perkhidmatan Jelapang, Sdr. Tanabalan, Pengerusi Cawangan Kepayang, Sdri. Jayalachimi, Sdri, Suganthi dan ahli-ahli DAP.

Acara dimulakan dengan upacara penyalaan lampu tradisional kaum India sebagai tanda keceriaan. Mengikut legenda kaum India, nyalaan lampu ini adalah amat penting kerana pada masa dahulu masyarakat kaum India hidup dalam kegelapan, kesusahan dan menderita akibat daripada perbuatan ‘Naragasuran’. Selepas Dewa Krishna menawan kuasa jahat tersebut maka masyarakat kaum india memulakan hidup mereka dengan menyalakan lampu minyak sebagai tanda permulaan kehidupan semula.

Pada majlis ini juga DAP Chendering telah memberi hadiah berupa wang tunai kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR pada tahun 2008.

Juga tidak ketinggalan hadiah atau saguhati kepada warga tua di kawasan tersebut sebagai tanda keperhatian parti terhadap masyarakat.

Beberapa nyanyian lagu kebudayaan telah dinyanyikan untuk menghiburkan para pengunjung. YB. Chen Fook Chye turut mengambil bahagian dalam nyanyian tersebut.

Saya ingin menyarankan kepada semua ahli DAP, agar program seperti begini harus diadakan di setiap cawangan di seluruh Malaysia bagi mengeratkan lagi hubungan masyarakat tidak kira kaum, agama dan budaya.

Comments