Lawatan Kerja Rasmi oleh YB TImbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi): Isu & Solusi!
19 Jun 2025, Ipoh, Perak | YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke tapak pembinaan Mahkamah Sesyen dan Majistret Baharu Ipoh, satu projek berimpak tinggi yang bakal meningkatkan akses rakyat kepada sistem keadilan yang lebih cekap dan kondusif.
Lawatan ini memberi fokus kepada kemajuan fizikal pembinaan, status semasa isu “sinkhole” (lubang benam), penyelarasan bekalan elektrik dan isu kemudahan tempat letak kenderaan. Turut hadir bersama ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan pegawai Seksyen Pembangunan BHEUU, Timbalan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Pengarah Mahkamah Negeri Perak, wakil Majlis Peguam, pasukan projek JKR, Perunding, Kontraktor utama Serasi Ventures Sdn Bhd, serta wakil Majlis Bandaraya Ipoh dan TNB.
Projek bernilai RM123.3 juta ini dijadualkan siap pada 23 Ogos 2026, dan merupakan komitmen Kerajaan dalam menyediakan infrastruktur kehakiman yang lebih moden, mesra rakyat dan efisien.
#YBKS
#IpohMahkamahBaharu
#BHEUU
#UURI
#ProjekKerajaan
#jkrmalaysia
Comments
Post a Comment