Suatu mesyuarat telah diadakan antara pihak MBI, ICU dan lain lain untuk membincangkan Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Padang Kelab Rekreasi India, Buntong, Ipoh, Perak (IRC).
Kelab Rekreasi India terletak di Buntong, Ipoh. Terdapat sesebuah padang di sebelah kelab tersebut untuk warga setempat menjalankan kegiatan serta aktiviti sukan dan senaman.
Namun, hujan lebat menyaksikan permukaan padang ditakung air. Paras air akan naik semasa hujan lebat menyebabkan longkang sedia ada tidak mampu menanggung kapasiti air hujan yang banyak.
Saya berpendapat bahawa sistem perparitan di mana longkang yang kecil dan sempit adalah aspek dan punca yang penting banjir berlaku.
Justeru itu, sistem perparitan perlu dikaji dan direka bentuk semula untuk meningkatkan keupayaan infrastruktur bagi menampung jumlah air hujan seterusnya mengatasi masalah banjir sebelum proses menaiktaraf dan kerja penambahbaikan padang dilaksanakan.
Pihak berkenaan juga diseru agar dapat memantau dan memastikan penyelenggaraan secara berterusan.
Projek pembaikpulih padang ini memerlukan peruntukan yang amat besar. Maka, Parlimen Ipoh Barat juga akan memperuntukkan dana yang mencukupi kepada pihak MBI untuk memastikan projek tersebut berjalan secara lancar demi manfaat rakyat.
Yang turut hadir termasuk En. Azman, Pengarah Kanan teknikal dan pengerusi mesyuarat,Pn. Nur Izani Azlan, Penolong Pengarah Landskap, En. Sivam, Ahli Majlis Buntong, En. Sagar,wakil Kelab IRC, Encik See anathan, Pengerusi Kelab IRC, Pn. Siti Sarina, wakil Jabatan ICU Perak, Skuad Parlimen Ipoh Barat dan pihak pihak lain
Comments
Post a Comment