Program Kebun Komuniti di Kampung Tai Lee, Ipoh





Pada 100 tahun dahulu, terdapat segelintir rakyat mula menetap di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Kampung Tai Lee. Sehingga kini, terdapat lebih kurang 50 buah keluarga yang merupakan generasi ke-3 masih mendiami di kawasan tersebut.
Majoriti penduduk yang tinggal di kampung ini sama ada telah bersara ataupun bekerja sebagai pekerja buruh. Sesungguhnya kebanyakan daripada penduduk Kampung Tai Lee adalah terdiri daripada golongan kaum India, namun terdapatnya juga segelintir penduduk kaum Cina dan Melayu. Lama-kelamaan, penduduk-penduduk kaum Cina dan kaum Melayu telah dipindah dari kampung ini.
Pada masa sekarang, Kampung Tai Lee kian tinggal lebih kurang 30 buah keluarga India yang berasal daripada golongan yang miskin, berpendapatan rendah serta yang tidak berkemampuan untuk bekerja.
Sehubungan dengan itu, Skuad Parlimen Ipoh Barat telah bekerjasama
dengan Kumpulan Ahli Ahli All Party Parliamentary Group Malaysia (APPGM) sejak tahun 2021 agar dapat memikirkan cara yang berkesan untuk membantu penduduk Kampung Tai Lee.



Pada tahun 2021, Kami telah menemui sebidang tanah berkosongan yang terletak Di sebelah kampung tersebut dan amat sesuai digunakan untuk tujuan pertanian.
Matlamat utama aktiviti pertanian ini adalah untuk memastikan penduduk Kg Tai lee yang berasal daripada golongan B40 ini dapat menceburi diri dalam latihan serta kerja pertanian yang kami sediakan agar hasil tanaman seperti sayur sayuran dan buah-buahan dapat dijual dan pendapatan dapat diperoleh serta beban kehidupan penduduk dapat diringankan.
Maka, kami telah menyerahkan borang permohonan kepada Pihak MBI pada tahun 2021.
Namun, permohonan ditolak dan mesyuarat demi mesyuarat telah diadakan bersama Dato Bandar agar permohonan tersebut diluluskan untuk kebaikan rakyat.
Akhirnya, pada tahun ini pihak MBI telah bersetuju untuk memberikan penyewaan tanah bagi tujuan Kebun Komuniti Bandar (urban farming).
Jawatuankuasa telah ditubuhkan dan tanah telah dikenalpastikan. Penduduk nampaknya giat aktif untuk menjalankan pertanian.
Skuad kami akan berusaha agar program ini dapat dilaksanakan dengan bersungguh sungguh dan berjaya.
Yang turut hadir pada sesi perbincangan hari ini termasuk Dr. Dennison dan Encik James, wakil APPGM, M. Kula, Ahli Parlimen Ipoh Barat, Encik Jeremy, Pegawai khas Parlimen Ipoh Barat dan lain- lain bersama dengan 30 orang penduduk Kampung Tai Lee






Comments