Pencapaian YB Mantan Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran selama 22 bulan




Pencapaian YB Mantan Menteri Sumber Manusia  M. Kula Segaran selama 22 bulan 


 

 
  1. Penubuhan Governance Oversight Committee (GOC) untuk menambah baik tadbir urus (PSMB)

 

          GOC telah meneliti aspek-aspek berikut:

     Akta PSMB 2001, rangka kerja tadbir urus dan dasar;

     struktur organisasi;

     had kuasa (Limits of Authority (LOA)); dan

     Mewujudkan platform maklumbalas dan aduan.

 

 

 

  1. Meningkatkan bilangan pelatih yang menjalani latihan di kalangan majikan berdaftar dengan (PSMB)

 

      Menyumbang kepada peningkatan jumlah pekerja mahir negara yang terlatih dan berkelayakan yang dapat meningkatkan produktiviti syarikat dan daya saing industri tempatan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.  Setakat Oktober 2019, seramai 41,418 pelatih telah menerima manfaat daripada latihan ini.

 

  1. Pindaan Jadual Pertama, Akta PSMB 2001

 

      Pindaan Jadual Pertama, Akta PSMB 2001 merangkumi majikan daripada semua sektor industri dengan 10 orang pekerja dan ke atas (Pengecualian terhadap sektor kerajaan, badan berkanun, NGO yang menjalankan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan serta sektor kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia) untuk memastikan lebih ramai pekerja di Malaysia mempunyai akses kepada dana latihan PSMB.

 

 

  1. Kadar Gaji Minimum Baharu (MPGN)

      Kerajaan telah berjaya menetapkan kadar gaji minimum seragam RM1,100 sebulan untuk 2019 dan RM1,200 (2020) sebulan bagi seluruh Malaysia melalui Perintah Gaji Minimum (PGM) 2018 sebagaimana yang dijanjikan dalam Manisfesto Pakatan Harapan. PGM 2018 terpakai kepada semua kecuali perantis dan pekhidmat domestik seperti pembantu rumah.

 

 

      Kerajaan semasa pembentangan Bajet 2020 pada 11 Oktober 2019 telah menetapkan supaya kadar gaji minimum ditingkatkan kepada RM1,200 sebulan untuk wilayah bandar-bandar utama.  Dianggarkan sebanyak 1.3 juta pekerja yang menerima manfaat gaji minimum.

 

  1. Perluasan Perlindungan Keselamatan Sosial (PERKESO)

 

      PERKESO telah memperluaskan jaringan perlindungan keselamatan sosial kepada suami atau isteri yang bekerja dalam perusahaan milik tunggal dan perkongsian milik pasangannya (spouse) di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 & Akta Sistem Insurans Pekerjaan, 2017 (Akta 800) berkuatkuasa mulai 1 Julai 2018.

 

      Faedah penuh (full-fledge) di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (Akta 800) mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2019. Bilangan Orang Berinsurans sebanyak 6,557,809

 

      Skim Bencana Kerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 (Akta 4) diperluas kepada pekerja asing mulai 1 Januari 2019 dan setakat 6 Mei 2019, seramai 408,640 pekerja asing telah didaftarkan di PERKESO oleh 29,703 majikan. Bilangan pekerja asing aktif yang dilindungi sebanyak 826,322.

 

      Perluasan liputan Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri (Akta 789) kepada Pemandu Bas mulai 1 Februari 2019.

 

 

  1. Cadangan Penubuhan Mahkamah Rayuan Perusahaan (MPM)

 

      Bajet bagi cadangan penubuhan Mahkamah Rayuan Perusahaan telah diumumkan di dalam Ucapan Belanjawan 2019.  Kertas konsep penubuhan EAC telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk pandangan/ulasan.  Pindaan sedang dibuat ke atas Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk merealisasikan penubuhan mahkamah ini.  Penubuhan EAC telah digantikan dengan mekanisma rayuan terus ke Mahkamah Tinggi.

 

 

      Pindaan Akta 177 sedang dilakukan dengan memperkenalkan mekanisma baharu rayuan terhadap award ke Mahkamah Tinggi iaitu: -

 

-   Sekyen 33A telah dipotong;

-   Seksyen 33C diperuntukan bagi menjelaskan mekanisma baharu bagi proses rayuan terhadap award yang diperturunkan oleh Mahkamah Perusahaan ke Mahkamah Tinggi yang tidak menghadkan hanya kepada persoalan undang-undang sahaja dan tanpa perlu mendapatkan kebenaran untuk merayu. Ini untuk mempercepatkan proses rayuan dan memberi hak substantif kepada pihak yang terkilan untuk merayu atas persoalan fakta dan persoalan undang-undang.

 

 

  1. Kerjasama dengan Negara Asing bagi Peningkatan Kemahiran di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)

 

      Kerjasama dengan National Institute of Technology, Nagaoka College, Jepun dengan Pusat Latihan Teknologi (ADTEC) Melaka untuk skop kerjasama melalui pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Elektrik/Elektronik dan Mekanikal.

 

      Kerjasama dengan Aviation Australia dengan Pusat Latihan Teknologi (ADTEC) Shah Alam bagi skop kerjasama dalam pelaksanaan latihan bagi Bidang Teknologi Penyelenggaraan Kapal Terbang.

 

      Lawatan Kerjasama Strategi TVET antara Dua Negara Malaysia-Thailand bersama Ketua Pengarah JTM dan Pengarah ADTEC Melaka pada 21-23 April 2019 ke Minburi Technical College & Thai-Nichi Institute of Technology Thailand.

 

      Kerjasama dengan China Education Association for International Exchange bagi program pertukaran pengajar dan pelajar ILJTM dalam skop bidang TVET iaitu 5G, Networking, Artificial intelligence, Internet of Things, CADD, Manufacturing dan Railway Engineering.

 

      Kerjasama dengan Politeknik Sriwijaya, Palembang Indonesia bagi skop pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Telekomunikasi

 

      Kerjasama dengan Japan Natural Refrigerant Research and Development Organisation (JNRRDO) dalam bidang Heating, Ventilation, and Air-Conditioning (HVAC).

 

      Program kerjasama antarabangsa: Improving Work Oppurtunities for Young People in Commonwealth i (I-WORK Project) di Cardiff, UK pada 21-23 September 2019

 

      Program peningkatan kemahiran antarabangsa bawah Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) pada 9-21 September 2019.

 

 

  1. Pemerkasaan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS)

 

      Penggunaan teknologi melalui sistem Electronic Trade Union Information System (e-TUIS) dan aplikasi mudah alih (mobile apps) dalam menambahbaik tadbir urus sedia ada.

 

      Sistem e-TUIS telah siap dibangunkan pada November 2018 dan telah dilancarkan oleh YB Menteri Sumber Manusia pada 23 April 2019.

 

      Penggunaan modul-modul e-TUIS (terdiri daripada 23 aktiviti jabatan) bermula pada Januari 2019 adalah secara berperingkat supaya Kesatuan Sekerja dapat menggunapakai sistem secara menyeluruh. Capaian sistem: URL https: //e-tuis.jheks.gov.my

 

      Sistem e-TUIS telah digunakan secara berperingkat oleh Kesatuan Sekerja dan pegawai JHEKS Ibu Pejabat dan Negeri/ Wilayah.

 

      Conference on Future of Work, Future Skills and the Launching of LMI Gateway bertujuan untuk berbincang secara mendalam mengenai isu penting berkaitan pasaran buruh, dan modal insan negara. 

 

 

 

  1. MoU dengan Negara Sumber (CDP)

 

      Pengambilan pekerja Nepal telah bermula mulai 15 September 2019

 

  1. Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing (CDP/ILMIA)

 

      Laporan dan Cadangan Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing telah dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Mengenai Pengurusan Pekerja Asing pada 28 Februari 2019. Laporan tersebut telah dibentangkan dan diambil maklum oleh Jemaah Menteri pada 29 Mei 2019.

 

      Dasar penggantian telah dilaksanakan mulai 1 Julai 2019.

 

      Laporan Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing telah siap dan menunggu keputusan Kerajaan untuk laporan tersebut dibuka untuk pengetahuan umum.

 

  1. Pembangunan Dasar Sumber Manusia Negara (DSMN)

 

      Kerangka DSMN telah dibangunkan. DSMN ini menggariskan teras utama yang meliputi aspek peluang pekerjaan, pembangunan modal insan, perhubungan perusahaan dan pentadbiran perburuhan, perluasan liputan keselamatan social dan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

 

      ILMIA sedang menjalankan kajian National Human Resources BluePrint (NHRBP) dan dijangka selesai pada Mei 2020.

 

  1. Pindaan Undang-undang dan Peraturan Perburuhan

 

      Rang Undang-Undang (RUU) Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2018: Telah berkuatkuasa pada 1 Februari 2019.

 

      RUU Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2019: RUU telah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara pada bulan Mei 2019. Ulasan MJM RUU telah diterima daripada 25 Kementerian/ Agensi Pusat. MJM RUU belum dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri.

 

      RUU Standard-Standard Minimum Penginapan dan Perumahan Pekerja (Pindaan) 2019: Telah diluluskan di Parlimen pada 31 Julai 2019. Tarikh kuatkuasa belum ditetapkan.

 

      RUU Kerja (Pindaan) 2019: RUU telah dimuktamadkan dan sedang mendapat kelulusan daripada Jabatan Peguam Negara. MJM RUU telah disediakan dan akan dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

 

      Cadangan pindaan Ordinan Buruh (Sabah Bab 67): Draf RUU telah disediakan. Tarikh mesyuarat bersama Jabatan Peguam Negara untuk memuktamadkan RUU akan ditetapkan.

 

      Cadangan pindaan Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76): Draf RUU telah disediakan. Kertas Dasar pindaan Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) akan dibentangkan di Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Sarawak. Tarikh mesyuarat bersama Jabatan Peguam Negara untuk memuktamadkan RUU akan ditetapkan.

 

      Cadangan pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967: Telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 9 Oktober 2019. Akan dibentangkan di Dewan Negara pada bulan Disember 2019.

 

  1. Mesyuarat National Labour Advisory Council (NLAC)

 

Berdasarkan perlembagaan NLAC, mesyuarat ditetapkan sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.

 

      Sehingga 29 Oktober 2019, sebanyak 10 mesyuarat telah diadakan.

 

      Objektif Majlis ini ialah untuk mengadakan satu jentera yang           ditubuhkan secara teratur, bagi Menteri Sumber Manusia           mendapatkan, melalui perbincangan, nasihat, pandangan atau persetujuan mengenai perkara-perkara yang berhubung       dengan           perburuhan dan sumber manusia.

 

      Majlis bertanggungjawab untuk membincang dan memberi nasihat kepada Kerajaan dalam semua perkara yang berhubung dengan dasar, undang-undang dan amalan pekerjaan. Fungsi-fungsinya     termasuk mengerah idea dan pengalaman pekerja, majikan dan          Kerajaan dalam menangani isu-isu perburuhan bagi tujuan memperbaiki keadaan dan amalan pekerjaan serta meningkatkan produktiviti.

 

 

  1. Pemerkasaan TVET (JPK)

 

      Penubuhan Jawatankuasa Kerja di bawah Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) yang dipengerusikan oleh YBTM:

 

 

o   Jawatankuasa Kerja Tadbir Urus TVET 

o   Jawatankuasa Kerja Persijilan Dan Pengiktirafan TVET 

o   Jawatankuasa Kerja Pembiayaan Latihan TVET 

o   Jawatankuasa Kerja Peningkatan Kualiti Latihan TVET 

o   Jawatankuasa Kerja Kerjasama Strategik TVET

o   Jawatankuasa Kerja Promosi TVET 

 

      35 NOSS yang berkaitan IR4.0 telah dibangunkan pada tahun 2018. Pada masa kini, terdapat 42 NOSS yang berkaitan IR4.0.

 

      Hasil Kajian Pembangunan Pelan Induk Kebangsaan TVET Ke Arah Negara Maju Dan Halatuju Sehingga Tahun 2030 akan digunakan oleh pembuat dasar dalam proses mereformasi pelaksanaan TVET di Malaysia.

 

  1. Penubuhan Sistem Jaminan Kualiti Tunggal TVET (JPK)

 

      Sistem ini akan diguna pakai oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi tujuan penyelarasan dan pemantauan TVET yang lebih baik bagi memperkukuhkan sektor TVET.

 

      Sistem baharu ini bertanggungjawab mengakreditasi program TVET yang ditawarkan oleh institusi TVET awam dan swasta berdasarkan Kerangka Kelayakan Malaysia Edisi Kedua (Malaysian Qualifications Framework, MQF).

 

      Pelaksanaan jaminan kualiti program-program TVET oleh MQA dan JPK akan dibuat berdasarkan dokumen Code of Practice for TVET Programme Accreditation yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Januari 2019.

 

  1. Pemantapan Pengurusan Pinjaman Latihan Kemahiran (PTPK)

 

      Memperkemas syarat Agihan Dana Pinjaman / Pembiayaan dengan menetapkan kriteria agihan dana kepada penyedia latihan dalam menjamin keboleh pekerjaan pelatih kemahiran mendapat pekerjaan dan gaji yang setimpal.

 

      Pada tahun 2019, pengagihan kuota berdasarkan konsep Industry Driven Funding di mana kriteria-kriteria utama adalah PL mesti menjalinkan kerjasama dengan industri (MoA /MoU /LoI /conditional letter; mempunyai nilai tambah (added value); perkongsian kos (cost sharing); dan perkongsian pintar (smart partnership)

 

  1. Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Bersama YB Menteri/ YB Timbalan Menteri (UKK)

 

      Diadakan pada setiap hari Selasa bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.

 

      Sehingga 30 November 2019, sebanyak 45 HBP telah diadakan dan jumlah pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan adalah seramai 2014 orang.

 

      Sebanyak 733 kes telah diselesaikan oleh Jabatan / Agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia sepanjang tempoh Hari Bertemu Pelanggan ini dijalankan. Peratusan kes yang selesai adalah 100%.

 

  1. 25th ASEAN Labour Ministers Meeting (ALMM)

 

      Tema “Promoting Green Jobs for Equity and Inclusive Growth of Asean Community”.

 

      Deklarasi mengenai Pekerjaan Hijau telah diterima pakai oleh Menteri-Menteri buruh ASEAN serta menghasilkan sebuah kenyataan ASEAN mengenai Pekerjaan Hijau dan Kemahiran Hijau.

 

      Penganjuran 25th ALMM ini juga menandakan bahawa Malaysia secara rasmi menjadi Pengerusi Sektor Perburuhan ASEAN bagi tempoh 2018-2020.

 

      Kajian Serantau berhubung Pekerjaan Hijau dan Kemahiran Hijau oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dijangka dimulakan pada suku kedua tahun 2019.

 

  1. Memorandum of Cooperation (MoC) Malaysia-Japan (Specified Skilled Workers)

 

      Kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Jepun berhubung penghantaran pekerja mahir Malaysia untuk berkerja di Jepun.

 

      Terdapat 14 industri atau bidang penerimaan yang telah ditentukan oleh Kerajaan Jepun yang terdiri daripada penjagaan pekerjaan, pembinaan, automobil, pertanian dan industri perkhidmatan makanan yang membentuk sejumlah 345,150 pekerja yang diperlukan untuk industri-industri di Jepun.

 

      DSM telah menerima semua ulasan dari pihak yang terlibat. Walaubagaimanapun terdapat ulasan yang mempersoalkan kewajaran MoC tersebut. Oleh yang demikian DSM akan menghantar surat kepada pejabat YB Menteri melalui TKSU (DA) dan KSU bagi memaklumkan perkara in dan tindakan selanjutnya.

 

      Memorandum Jemaah Menteri akan dibentangkan pada             22 November 2019 atau pada tarikh lain yang bersesuaian

  1. Perluasan Pelaksanaan Latihan Industri - Structured Internship Programme (SIP) 2.0 – Pemerkasaan TVET TALENTCORP

 

      Menerusi ucapan dan intipati Bajet 2019, perluasan kepada pelaksanaan latihan industri berstruktur (Structured Internship Programme – SIP) telah dilaksanakan dan merangkumi keterlibatan tenaga TVET dengan kelebihan insentif potongan cukai kepada majikan dan industri.  Bilangan penerima manfaat: Jangkaan tenaga muda negara melebihi 200,000 pelatih graduan dan TVET di 100,000 lebih syarikat swasta di seluruh negara

 

 

      Perluasan pelaksanaan SIP ini bakal memanfaatkan bakal tenaga muda negara serta memberi peluang untuk melaksanakan latihan industri di mana-mana syarikat sah berdaftar bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta menepati kriteria utama pelaksanaan SIP untuk proses tuntutan cukai.

 

      Pelaksanaan SIP 2019 akan merangkumi penglibatan pelajar TVET/ graduan bermula dari Sijil Kemahiran 3-5, Diploma dan Sarjana Muda.  Perluasan inisiatif ini juga akan menggalakkan lebih banyak penyertaan industri termasuklah keterlibatan aktif industri perusahaan kecil dan sederhana (SME) dan start-ups agar lebih cenderung melatih tenaga muda negara.

 

  1. Career Comeback Programme (CCP) TALENTCORP

 

      Bermula dari Mac 2019, TalentCorp telah menambahbaik CCP dari sokongan terus pada majikan (Resourcing and Retention Grants) kepada usaha memudahkan majikan untuk menjalankan latihan peningkatan kemahiran ataupun latihan semula (Returnship Co-Funding).

 

      TalentCorp juga membantu majikan menguruskan Career Comeback Workshop bagi wanita yang ingin kembali bekerja

 

 

  1. Bilangan Penempatan Pekerjaan (JTKSM, JTK SABAH dan JTK SARAWAK)

 

      Penempatan merujuk kepada apa-apa pekerjaan tidak kira sama ada kerja sepenuh masa atau separa masa yang ditawarkan oleh majikan dan diberi gaji kepada pencari kerja dan ianya tertakluk kepada Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) dan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

 

      Antara inisiatif Jabatan untuk menyediakan platform dan peluang pekerjaan kepada pencari kerja adalah melalui Portal JobsMalaysia, platform untuk pemadanan pekerjaan dan kerjasama dengan pihak majikan untuk pewujudan kerja baru. Program-program yang dilaksanakan dalam menjayakan inisiatif-inisiatif berkenaan adalah termasuk: -

 

-   Portal JobsMalaysia

-   Karnival Kerjaya

-   Pembangunan Pasaran Buruh

-   Temuduga Terbuka 

-   Program Kerjasama Antara Agensi

-   Holiday Placement (HOPS)

-   Program Penyesuaian Kerjaya (2PK)

-   Kembara Kerjaya

-   Program Penempatan Golongan Khas

-   Penempatan dengan kerjasama APS

 

      Jumlah Penempatan di antara Jan-Oktober 2019 bagi Semenanjung Malaysia adalah seramai 181,000 orang, Sabah seramai 16,266 orang sementara Sarawak seramai 13,011 orang.

 

  1. Pemeriksaan dan Penguatkuasaan (JTKSM, JTK SABAH dan JTK SARAWAK)

 

      Menjalankan pemeriksaan berkanun secara fizikal ke premis majikan untuk memastikan pematuhan undang-undang perburuhan melalui tindakan penguatkuasaan, pemantauan dan tindakan pembetulan. Fokus pemeriksaan dibuat kepada:

 

a.          Majikan yang dijangka cenderung tidak melaksanakan Perintah Gaji Minimum seperti di subsektor kawalan keselamatan, pembersihan, klinik swasta, perhotelan, tempat pekerjaan di restoran-restoran.

b.          Majikan yang menggajikan ramai pekerja asing

 

      Pemeriksaan tempat pekerjaan baru (kawasan perindustrian dan perniagaan baru seperti pusat membeli belah)

      Tempat pemeriksaan yang tidak pernah dijalankan pemeriksaan sejak didaftarkan di LMD.

      Jumlah Pemeriksaan sepanjang Jan-Oktober 2019 di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak 29,778 kali, Sabah 5,826 kali manakala Sarawak 6,462 kali

 

  1. National OSH Policy (DKKPN) (JKKP)

 

      Dasar ini telah diluluskan dan dipersetujui oleh Jemaah Menteri dan ditandatangani sendiri oleh YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 15 Januari 2019. Ini menunjukkan komitmen dan kesungguhan Kerajaan dalam meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Negara kita.

 

 

      Antara elemen-eleman yang terkandung dalam DKKPN adalah:

 

a)    Meningkatkan tahap KKP melalui pelbagai kaedah serta pendekatan kearah memantapkan Budaya pencegahan di tempat kerja.

b)    Mengawal selia dan menguatkuasakan perundangan KKP di tempat kerja.

c)     Meningkatkan penglibatan dan kerjasama agensi kerajaan, majikan, pekerja, kesatuan industri, pemegang taruh serta pihak berkepentingan melalui MNKKP sebagai badan tripartite tertinggi negara untuk memantapkan pengurusan dan tadbir urus KKP negara.

d)    Memantapkan struktur institusi bagi pelaksanaan sistem bersepadu KKP di peringkat nasional yang merangkumi penetapan dasar, penyediaan piawaian, inspektorat KKP nasional serta institusi penyelidikan dan latihan.

e)    Menyedia, menyemak dan mengemaskini profil KKP Negara untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh dan bagi tujuan penandaarasan

f)      Memastikan majikan untuk menyediakan tempat kerja di bawah kawalannnya mempunyai sistem kerja yang selamat dan sihat serta menjaga kebajikan pekerjanya semasa bekerja

g)    Memastikan pekerja memberikan perhatian bagi keselamatan dan kesihatan dirinya serta orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja.

h)    Memastikan pihak bertanggungjawab yang merekabentuk, mengilang, mengimport dan membekalkan produk, bahan dan peralatan bagi kegunaan di tempat kerja bagi memastikan produk yang dibekalkan adalah selamat dan tanpa risiko kesihatan beserta informasi yang tepat dan lengkap

i)       Menjalinkan kolaborasi dan kerjasama untuk menangani isu KKP dengan negara luar dan organisasi antarabangsa.

 

 

  1. Surat Pekeliling KSN - OSH in Civil Services - Surat Pekeliling Am Bil 3 Tahun 2019 (JKKP)

 

      Surat Pekeliling Am Bil 3 Tahun 2019, Pematuhan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) Dan Peraturan-Peraturan Di Bawahnya Oleh Semua Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan Dan Badan Berkanun Persekutuan telah ditandatangani oleh Tan Sri KSN pada 20 September 2019 dan akan mula berkuatkuasa dan diedarkan kepada semua Jabatan dan Agensi Kerajaan pada 1 Oktober 2019.

 

      Inisiatif lanjut yang bakal dilaksanakan ialah:-

                           i.          STAR Rating MAMPU – elemen KKP dalam senarai semak anugerah kegemilangan JPA (STAR Rating MAMPU)

                          ii.          Kontrak Perolehan Kerajaan – integrasi KKP ke dalam Kontrak Perolehan Kerajaan

                        iii.          Pembudayaan KKP Perkhidmatan Awam – sebagai salah satu petunjuk prestasi utama (KPI) generik bagi penilaian prestasi penjawat awam (PPTPA) Tier 1

 

      Selari dengan itu, Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Awam diadakan

                           i.          Zon Utara - (Hotel Putra Regency pada 3 Oktober 2019 telah dirasmikan oleh YBhg. Dato KSU).

                          ii.          Zon Tengah - (Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), Cyberjaya, Selangor pada 22 Oktober 2019 akan dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri).

                        iii.          Zon Timur - (Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, Marang, Terengganu pada 23 Oktober 2019 akan dirasmikan oleh Presiden CUEPACS).

                        iv.          Zon Sabah - (30 Oktober 2019 - Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah)

                         v.          Zon Sarawak - (31 Oktober 2019).

                        vi.          Zon Selatan - (MITC Melaka, 13 November 2019).

 

      Kandungan Program yang dijalankan

a)    Cabaran dan Realiti KKP Di Sektor Awam

b)    Dasar KKP Negara

c)     Penyakit Pekerjaan Di Sektor Awam

d)    Commuting Accident Prevention

 

  1. Noise Regulations & ICOP (JKKP)

 

      Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019 diwartakan sebagai P.U. (A) 60/2019 pada 1 Mac 2019 dan dikuatkuasakan 3 bulan selepasnya iaitu pada 1 Jun 2019. Manakala Tataamalan Industri bagi Pengurusan Pendedahan Bising Pekerjaan dan Pemuliharaan Pendengaran telah diwarta sebagai P.U. (B) 377/2019 pada 5 Ogos 2019.

 

 

  1. Audit International Benchmarking of OSH Regulations (IBOR) (JKKP)

 

      Diadakan pada 9 - 13 September 2019 bertujuan untuk

a.     membantu Negara untuk membangunkan inspektorat Keselamatan & Kesihatan Pekerja (KKP) yang berkesan secara sistematik,

b.     menyediakan rangka kerja berstruktur untuk inspektorat KKP untuk memantau kemajuan; dan

c.     mengembangkan rangkaian antarabangsa sebagai pusat kerjasama KKP.

 

  1. Advance inspection technology using drone (JKKP)

      Penggunaan dron dan teknologi tanpa wayar dalam memperkasa aktiviti penguatkuasaan tapak bina

 

      Perolehan sebanyak 18 unit bagi kegunaan Pejabat Negeri (Seksyen Kerja Bina) seluruh Malaysia

 

      Antara spesifikasi Drone:

     Kebolehan hover dan stabil sehingga kelajuan angin 55km/j

     Mempunyai sensor arah 5D yang berfungsi mengelak halangan/ Kemalangan

     Kamera 20MP 2x optical zoom, resolution 4K/60fps

     Filter camera (Polaroid) yang boleh mengambil gambar dalam keadaan cahaya yang sangat terang

     Boleh terbang setinggi 500m bagi memantau pembinaan bangunan tinggi

     Aplikasinya boleh disambung ke media sosial seperti youtube facebook untuk merakam secara 'Live'

     Pergerakan kamera 6D

 

  1. Semakan semula Code of Conduct for Industrial Harmony (COC) JPP

 

      Code of Conduct for Industrial Harmony (COC) ataupun Tatacara Untuk Keharmonian Perusahaan telah diwujudkan pada tahun 1975.  Dokumen COC dihasilkan secara perbincangan tripartite antara tiga pihak iaitu kerajaan (melalui Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat, pada masa tersebut), wakil-wakil Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia dan wakil-wakil Pertubuhan majikan-majikan Malaya.

 

      COC diwujudkan sebagai panduan dan rujukan kepada pihak majikan, pekerja dan kesatuan sekerja dalam menangani isu perhubungan perusahaan dan pengurusan pekerja di tempat kerja.   Tujuan diwujudkan adalah untuk menetapkan prinsip-prinsip dan garis panduan mengenai amalan dan perhubungan perusahaan bagi mencapai keharmonian perusahaan yang lebih memuaskan serta mewujudkan tempat pekerjaan yang kondusif.

 

      COC ditandatangani persetujuannya oleh YB Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat (pada ketika itu), Majlis Pertubuhan Majikan-majikan Malaya dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia pada 9 Februari 1975. COC digunapakai oleh majikan, pekerja dan kesatuan sekerja dalam menangani isu perhubungan perusahaan.  Manakala kerajaan (Jabatan Perhubungan Perusahaan, Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja) akan memastikan majikan, pekerja dan kesatuan sekerja mematuhi amalan COC dalam menangani isu pertikaian perusahaan.

 

 

      COC yang sedia ada sudah terlalu lama diwujudkan (44 tahun) dan tidak pernah dikemaskini.  Bersesuaian dengan Janji 35, Buku Harapan iaitu Kualiti perlindungan hak pekerja di Malaysia setara dengan piawaian antarabangsa, maka pihak Kementerian sedang menjalankan semakan semula untuk mengemaskini COC bagi menambahbaik garis panduan yang terdapat di dalamnya demi untuk meningkatkan lagi pendekatan secara harmoni terhadap perhubungan perusahaan di tempat pekerjaan agar seiring dengan trend perburuhan semasa.

 

30.                   SkillsMalaysia 2.0

 

SkillsMalaysia 2.0, iaitu satu identiti penjenamaan baru, bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, atau ringkasnya TVET, yang termasuk juga bidang kemahiran di bawah kendalian Kementerian Sumber Manusia.   Objektif SkillsMalaysia 2.0 adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap TVET dan latihan kemahiran yang boleh memberi peluang kerjaya ke arah mencapai negara maju, sekaligus memperkasakan bidang TVET dan latihan kemahiran serta mewujudkan peluang pekerjaan kolar baru atau, “New Collar Jobs” yang tidak hanya bergantung kepada kelayakan akademik semata-mata tetapi kepada kemahiran atau "skills set" pekerja.

 

Seiring dengan hasrat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, SkillsMalaysia menyasarkan 60% pelajar lepasan SPM untuk menyertai jurusan TVET dan latihan kemahiran bagi mencapai 35% pekerja berkemahiran tinggi dalam guna tenaga negara. SkillsMalaysia 2.0 adalah platform untuk mengadakan kerjasama dengan semua Kementerian/Agensi TVET yang lain bagi memartabatkan bidang TVET dan latihan kemahiran sebagai jurusan pilihan utama di kalangan masyarakat khususnya generasi muda di negara ini

Comments