Thursday, July 27, 2017



                                                                                                                     SOALAN NO. 57

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA       : YANG BERHORMAT TUAN M. KULASEGARAN

                              
[IPOH BARAT]

TARIKH            : 24 JULAI 2017

SOALAN :



YB Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat] minta PERDANA MENTERI

menyatakan:-

(a) memberikan perkembangan terkini, mengenai menghapuskan hukuman

mati dan moratorium bagi hukuman mati; dan

(b) berapakah jumlah banduan yang masih menunggu pelaksanaan

hukuman mati di penjara dan moratorium bagi hukuman mati.



JAWAPAN:        YB DATO’ SRI AZALINA BINTI OTHMAN SAID,

                             MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI.


Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan melalui Jabatan Peguam

Negara telah menjalankan satu kajian bagi meneliti isu undang-undang dan

dasar hukuman mati dalam negara kita. Kajian tersebut telah dijalankan

melalui International Centre for Law and Legal Studies (I-CeLLS) oleh

Jabatan Peguam Negara dengan kerjasama pakar-pakar antarabangsa

dalam bidang ini. Laporan kajian tersebut telah dibentangkan dalam

Mesyuarat Jemaah Menteri.



Jemaah Menteri seterusnya memutuskan supaya Akta Dadah Berbahaya

1952 dikaji semula khususnya bagi memberi ruang budi bicara kepada

Hakim dalam menjatuhkan hukuman dengan menetapkan hukuman yang

bersesuaian khususnya ke atas kes-kes di mana pesalah sebenarnya lebih

wajar hanya dihukum penjara, tetapi mungkin peruntukan yang sedia ada

Hakim tiada pilihan selain menjatuhkan hukuman mati. Hasil kajian

tersebut telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Mac

2017 di mana Jemaah Menteri telah bersetuju dan memutuskan bahawa

pindaan dibuat kepada seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan

memasukkan peruntukan tambahan bagi memberi kuasa budi bicara

kepada mahkamah menjatuhkan hukuman selain daripada hukuman mati

mandatori dalam keadaan-keadaan tertentu yang ditetapkan bagi

kesalahan mengedar dadah di bawah seksyen 39B akta berkenaan.

Justeru itu, Kementerian serta agensi yang berkaitan seterusnya akan

menyediakan Memorandum Jemaah Menteri yang baru bersama-sama

dengan cadangan pindaan kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk

pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri.



Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, satu Jawatankuasa Khas

berkaitan hukuman mati juga telah ditubuhkan pada 5 September 2016

yang dianggotai oleh wakil-wakil dari SUHAKAM, Amnesty International,

Majlis Peguam Malaysia, ahli akademik, Jabatan Peguam Negara,

Kementerian Dalam Negeri dan juga Majlis Keselamatan Negara. Pelbagai

isu berkaitan hukuman mati juga telah dibincangkan dalam Jawatankuasa

Khas sebagai proses konsultasi dengan semua pihak-pihak yang

berkepentingan.



Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat 1,174 orang banduan

yang telah dijatuhi hukuman mati yang masih dalam proses rayuan di

Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Lembaga Pengampunan

Negeri.


Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment