DAP fail permohonan batal pelantikan Menteri tidak sah
19 June 2013-Roketkini.

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M Kulasegaran menamakan Menteri di jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Paul Low, Timbalan Menteri P Waythamoorthy, Dr Loga Bala Mohan dan Datuk Ahmad Basha Md Hanipah sebagai responden dalam cabaran kehakiman itu.
Menurut beliau, semakan kehakiman itu dibuat mengikut Aturan 53 Kaedah 3 Peraturan Mahkamah Tinggi.
“Kelima-lima mereka yang dilantik Menteri dan Timbalan Menteri adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,
“Undang-undang jelas menyatakan bahawa individu yang dilantik Menteri atau Timbalan Menteri perlulah menjadi Ahli Parlimen atau Senator terlebih dahulu.

Katanya, beliau hairan bagaimana Najib tidak peka dan boleh melakukan kesilapan sedemikian.
“Setakat ini saya difahamkan, dua daripada mereka sudah mengangkat sumpah sebagai Senator dan adakah selepas dilantik sebagai Senator, mereka mengangkat sumpah di depan Yang Dipertuan Agong.
“Kes memalukan itu adalah kali pertama berlaku untuk seluruh negara-negara Komanwel,” katanya.
Sehubungan itu, beliau turut mengesa Menteri terbabit melakukan permohonan maaf kepada rakyat kerana mengikut kehendak Najib yang tidak mengikut proses yang sah.
“Sebelum proses pendengaran Mahkamah, saya meminta menyatakan permohonan maaf kepada rakyat.

“Mereka harus mengakui kesalahan ini, bukannya berdiam dan menganggap apa yang mereka lakukan sentiasa benar,” tegasnya.-Roketkini.com
wel done yb .How about DIA Sitiawan Land problem.?
ReplyDeleteThe Current DIA commitee planing to brekdown School Building to give away for commercial development.Please full fill your promise to Sitiawan resident as what you pledge erlier.