By Shahrizal Ahmad Zaini
Sinar Harian
IPOH - Beberapa penduduk di Taman Sri Dermawan Bercham dekat sini, menggesa Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI), membatalkan kelulusan sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska,) yang beroperasi di taman itu.
Difahamkan, gesaan tersebut dibuat dipercayai berikutan beberapa penduduk di kawasan itu tidak tahan dengan beberapa ‘gangguan’ yang didakwa berpunca dari Taska berkenaan yang telah beroperasi sejak lebih lima tahun lalu.
Seorang penduduk, Leam Heng Weng, 45, berkata, kewujudan Taska berkenaan secara tidak langsung telah mengganggu ketenteraman penduduk di kawasan berkenaan.
Katanya, antara yang paling mengganggu adalah daripada bunyi bising daripada Taska tersebut, khususnya sekitar 9 hingga 10 pagi dipercayai berpunca daripada suara kanak-kanak pra-sekolah di selain alunan bunyi muzik yang kuat bagi mengiringi proses pembelajaran di Taska berkenaan.
“Sebenarnya, kami sendiri tidak pasti sama ada kawasan berkenaan dijadikan Taska ataupun pusat penjagaan kanak-kanak (nursery).
“Bagaimanapun, masalah tersebut telah pun diajukan kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebelum ini. Namun, masih tiada sebarang tindakan bagi menangani masalah itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Seorang lagi penduduk Lam Wai Mun, 52, berkata kewujudan Taska itu juga telah mengakibatkan sedikit kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut pada setiap pagi, tengah hari dan petang.
“Saya baru sahaja berpindah ke sini beberapa tahun lalu. Bayangkanlah bagaimana keadaan penduduk yang telah mendiami kawasan ini sejak lebih lima tahun lalu,” katanya.
Ahli Parlimen Ipoh Barat, M.Kulasegaran berkata perkara berkenaan telah pun diajukan kepada MBI untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, MBI telah memaklumkan perkara itu bakal disiasat sebelum sebarang tindakan dilaksanakan kelak.
“Saya harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.
Berikutan bantahan itu, Sinar Harian menghubungi pemilik Taska berkenaan bagi mendapatkan komennya.
Ketika dihubungi, pemilik yang enggan namanya disiarkan itu nyata kesal dengan gesaan dan tuduhan itu.
Katanya, sejak beroperasi, tidak ada penduduk datang menemuinya membincangkan perkara-perkara itu.
“Kenapa mereka tidak datang berjumpa dengan kami? Kita boleh betulkan apa-apa keadaan.
Lagipun, kami dah beroperasi di sini sejak 1997 lagi. Kenapa sekarang isu tersebut timbul?
Menurutnya, bangunan yang dijadikan taska itu juga telah diluluskan MBI. malah, pihaknya juga telah dapat kebenaran penduduk sekitar sebelum mula beroperasi.
“Saya percaya, aduan ini mungkin datang daripada penduduk yang baru mendiami kawasan ini.
“Saya pun tak tahu kenapa aduan ini dibuat. Jika mengenai kesesakan, ibu bapa hanya singgah sebentar untuk menghantar, kemudian mengambil kembali semula anak-anak mereka pulang. Itu sahaja,” katanya lagi.
Sementara itu, ketika dihubungi, MBI berkata, perkara berkenaan bakal disiasat lebih lanjut sebelum sebarang tindakan dilaksanakan.

Comments
Post a Comment