Offensive speech by Bayan Baru MP


Offensive speech by Bayan Baru MP on 12/10/2011 as recorded in the Hansard - close Chinese,Tamil and agama schools!

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

2.32 ptg.

Tuan Yang di-Pertua: Sila, Yang Berhormat Bayan Baru.

Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Sebelum saya meneruskan ucapan, saya ingin menjawab apa yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu tadi sebelum saya akhir ucapan sebelah pagi. Isu sekolah-sekolah yang kita terima dari zaman penjajah dulu. Kita sedar bahawa sekolah-sekolah sekarang ini sekolah aliran Cina, aliran Tamil, aliran agama tidak sepatutnya dijalankan lagi sebab penjajah tinggalkan kita satu sistem yang isu dia divide and rule. Dia memecahbelahkan kita. Akan tetapi, kalau kita masih hendak teruskan bermakna ia akan melahirkan mereka yang pemikiran ekstremis.

Saya sebut Namewee tadi sebagai satu contoh. Akan tetapi kita boleh melihat bahawa ekstremis-ekstremis ini masih wujud. Yang pergi ke sekolah aliran Cina tidak memahami kebudayaan Melayu, kebudayaan India begitu juga yang aliran India dan aliran agama pun sama.

Comments