Notice of Urgent Motion to Speaker

14 Jun 2011

Yang di Pertua,

Dewan Rakyat,

Parlimen.

YB Tan Sri,


Per: Notis Peraturan Mesyuarat 18 -Mengutuk lawatan Robert Mugabe dan Omar al-Bashir ke MalaysiaIni adalah untuk memberikan notis di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2) untuk mengusulkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan seperti berikut:

“Bahawa Dewan mengizinkan YB M Kula Segaran untuk menangguhkan Dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan mengenai lawatan Presiden Zimbabwe Robert Mugabe dan Presiden Sudan Omar al-Bashir, dua pemimpin benua Africa yang paling terkenal dengan nama buruk mereka yang telah dijemput untuk menghadiri forum Ekonomi Antarabangsa yang akan berlangusng di Putrajaya pada 19-21 Jun 2011.

“Rekod hak asasi manusia Robert Mugabe amatlah buruk sekali. Mengikut laporan, beratus-ratus aktivis pembangkang di negara berkenaan telah dibunuh dan diseksa oleh regim beliau.

“Lebih dari 300,000 orang telah mati di Sudan sejak perang saudara tercetus dalam tahun 2003 dan ICC telah mengeluarkan sapina untuk menahan Bashir.“

Malaysia telah mengumumkan bahawa ianya akan menjadi ahli Rome Statute of the International Criminal Court (ICC) dalam Mac 2011.

“ ICC ditubuhakan untuk mengelak pembunuhan beramai-ramai, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang, dan kejahatan pencerobohan(genocide, crimes against humanity, war crimes, and the crime of aggression)

Tujuan utama kita menjadi ahli ICC ini adalah supaya imej Malaysia serta kedudukan kita dalam dunia antarabangsa dalam segi kedaulatan undang-undang serta hak asasi manusia dapat dipulihkan.

“Dengan menjemput dua pemimpin Afrika ini, apalah mesej yang kita ingin sempaikan kepada dunia luar?

“Malaysia sepatutnya menghalang kemasukan kedua-dua pemimpin ini ke negara kita berdasarkan latarbelakang mereka.

“Mengikut Undang-undang Rom, sebagai negara anggota, kita bertanggungjawab untuk menahan mana-mana orang yang telah dikenakan waran tangkap oleh pihak Pendakwa ICC.“

Dengan menjemput mereka, adakah Malaysia akan melaksanakan tanggungjawab kita dan menahan Bashir serta menghantarnya ke ICC? Ataupun Malaysia akan menganggap penelewengan hak asasi manusia hanya isu dalaman Sudan dan melindungi Bashir daripada didakwa?

Jemputan kepada Mugabe pula melanggar nilai murni demokrasi. Seorang yang mengganasi rakyatnya sepatutnya dihalang dari memasuki negara kita.

“Penahanan ini harus menjadi suatu kes ujian dan menerusi tindakan ini, barulah kita boleh berbangga sebagai salah sebuah negara yang dikatakan mematuhi perjanjian dan tanggungjawab antarabangsa kita tanpa rasa takut atau berat sebelah.

Para Ahli Parlimen Malaysia menggesa supaya pihak berkenaan dengan segera membatalkan jemputan yang dipanjangkan kepada dua orang pemimpin ini dan mengambil segala tindakan yang perlu untuk membantu ICC dan menahan Bashir.

”Sekian, terima kasih.

Yang benar,

_______________

M Kula Segaran

Ipoh Barat

Comments