Kula: Usah rancang sistem pengangkutan canggih jika gagal bina pondok bas

May 25, 2011 01:51:16 pm

Draf pelan Ipoh 2020 yang dirangkakan telah didengar oleh MBI daripada pelbagai pihak khususnya daripada beberapa persatuan bagi mengindahkan lagi tahap pencapaian yang dapat menaiktarafkan kualiti Bandaraya Ipoh dalam semua sektor.

Tidak juga dinafikan bahawa, salah satu sektor yang amat diberikan kepentingan adalah bagi mempertingkatkan sistem pengangkutan di Bandar Ipoh dan kawasan pertaliannya.

Tetapi, adakah melalui merangkakan satu draf rancangan, MBI boleh mengatakan telah mencapai tahap kemahuan dan harapan rakyat secara keseluruhan sedangkan kepentingan asas kecil rakyat dalam pengangkutan awam masih belum dilaksanakan?

Dua hari yang lepas, saya telah menerima panggilan daripada pelbagai pihak meminta saya turun padang ke kawasan Pantai Puteri Ipoh yang terletak di Jalan Raja Dihilir. Walaupun kerap kali menggunakan jalan itu, namun aduan rakyat sememangnya mempercikkan minda saya dengan persoalan, iaitu kenapakah perhentian bas yang sebelum ini dibina tidak lagi kelihatan di hadapan Hospital Pantai Puteri Ipoh? Apakah logiknya ketiadaan satu bas perhentiaan di hadapan sebuah Hospital? Di manakah tanggungjawab Jabatan Perancangan dalam memantau kepentingan rakyat?

Saya hanya dapat menyimpulkan bahawa warga pengurusan Majlis Bandaraya Ipoh tidaklah begitu komited dalam menyediakan satu perhentian bas sehingga wujud permintaan.

Apakah daya seorang rakyat awam dalam mendesak Kerajaan Negeri ataupun MBI dalam membina perhentiaan bas dikawasan itu? Adakah tangkisan rakyat akan diberikan keutamaan? Jika ya, kenapa tidak dilaksanakan sebelum ini?

Saya juga difahamkan dimana, sebelum wujudnya jambatan dan pelaksanaan kerja-kerja pelebaran di dipersimpangan Jalan Raja Dihilir, sememangnya terdapat sebuah pondok perhentian bas. Tetapi ianya hilang selepas kerja-kerja pelebaran jalan dilakukan. Betapa logikkah situasi ini?

Selain daripada itu, ingin saya menasihatkan pihak pengurusan MBI, supaya jangan asyik merancang untuk mahu menaiktarafkan sistem pangangkutan apabila gagal untuk membina sebuah pondok perhentiaan bas yang tidak wujud akibat ketiadaan rancangan terurus.

Pada masa ini, penumpang terpaksa menunggu dengan cabaran sama ada untuk berdiri dibawah cahaya matahari terik ataupun basah pada musim hujan. Dapatkah MBI Ipoh dapat memenuhi tangkisan rakyat dengan membina sebuah bas perhentian dikawasan ini pada kadar segera?

*Kenyataan media oleh M.Kulasegaran (gambar kanan) selaku ahli parlimen Ipoh Barat.

Comments