SOALAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH AHLI PARLIMEN IPOH BARAT BAGI MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KEDUA BELAS
Jawapan Lisan
1. M.Kulasegaran minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah yang menyebabkan Kerajaan masih ingin menggunakan Novel INTERLOK dalam tingkatan 5?
2. M.Kulasegaran minta Menteri Kesihatan menyatakan, adakah negara akan menghadapi kelebihan bekalan doctor dalam jangka masa terdekat, dan jikalau berlaku sedemikian, apakah tindakan yang bakal diambil untuk mengatasi masalah ini?
3. M.Kulasegaran minta Menteri Kewangan menyatakan,
a) Apakah tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap Syarikat BESTINO Group Berhad yang mengutip wang deposit tanpa lesen serta langkah pemulihan yang dikenalpasti untuk mengembalikan wang pelabur BESTINO RM400 juta?
b) Jumlah kes skim cepat kaya dan skim pelaburan emas dilaporkan serta jumlah aset yang telah dibekukan oleh BNM dalam 5 tahun ini?
4. M.Kulasegaran minta Menteri Pendidikan menyatakan, bilangan SJKT yang mempunyai persekitaran yang tidak kondusif untuk suasana belajar dan apalah langkah atau tindakan yang akan diambil untuk mengatasi masalah tersebut?
5. M.Kulasegaran minta Perdana Menteri menyatakan,
a) Statistik isu-isu kaum India mengikut pecahan umur dan jenis
masalah bagi setiap negeri yang dilaksanakan melalui Jawatankuasa Khas Kabinet Hal Ehwal Kaum India ; serta
b) Senaraikan bilangan masalah yang diselesaikan sejak Jawatankuasa khas ini ditubuhkan serta jumlah wang yang diperbelanjakannya?
6. M.Kulasegaran minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan jenis dan jumlah wang yang disalurkan demi kesejahteraan ibu tunggal, warga emas, orang kurang upaya, kes-kes keistimewaan dan golongan yang memerlukan.
7. M.Kulasegaran minta Menteri Sumber Manusia menyatakan,
a) Mengapakah ramai masih menggangur dan sukar untuk mendapatkan
pekerjaan apabila Malaysia mengistiharkan negara guna tenaga penuh?
b) Adakah rancangan dilakarkan untuk membantu pengganguran? Jika
tidak, mengapa tidak?
8. M.Kulasegaran minta Menteri Sumber Manusia menyatakan,
a) Ketika Institut NTS Arumugam Pillai dibina, janji untuk memilih sebahagian besar pelajar dan pekerja pentadbir dari golongan India tidak dapat dikotakan sehingga kini. Kenapa?
b) Senaraikan maklumat terkini bilangan pelajar dan pensyarah mengikut komposisi kaum.
9. M.Kulasegaran minta Perdana Menteri menyatakan,
a) Apakah yang menyebabkan Kerajaan gagal mencapai sasaran untuk meningkatkan ekuiti kaum India kepada 30 % dalam tahun 2010?
B) Mengapakah tidak melaksanakan langkah-langkah khusus untuk meningkatkan kadar pertumbuhan sosial-ekonomi kaum India ?
10. M.Kulasegaran minta Menteri Kesihatan menyatakan, jumlah aduan yang diterima sejak tahun 2005 terhadap kealpaandoktor kerajaan dan swasta, serta senaraikan butiran terperinci mengikut jenis aduan.
Jawapan Bertulis
1. M.Kulasegaran minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan,
a) Sejauh manakah ianya benar bahawa pemburuan haiwan adalah masalah yang serius dan kenapakah pemantauan penguatkuasaan undang-undang oleh jabatan amat lemah? dan
b) Apakah jenis haiwan liar yang menghadapi kepupusan serta apakah langkah yang diambil untuk melindungi jenis haiwan itu?
2. M.Kulasegaran minta Menteri Pendidikan menyatakan,
a) Jumlah novel-novel yang diterima oleh panel yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran dalam masa 2 tahun ini sebelum ianya diiktiraf bagi penggunaan di Tingkatan 5? dan
b) Senaraikan nama ahli-ahli panel yang terdapat dapat dalam panel penilaiaan tersebut.
3. M.Kulasegaran minta Menteri Pendidikan menyatakan,
a) Jumlah wang yang dibelanjakan mengikut kadar bulanan / tahunan pada setiap pelajar mengikut komposisi sekolah Kebangsaan, Cina dan Tamil? dan
b) Nyatakan jumlah kepadatan pelajar disekolah masing-masing?
4. M.Kulasegaran minta Perdana Menteri menyatakan,
a) Jumlah catuan pendapatan isu rumah yang digunakan untuk perbelanjaan makanan oleh rakyat Malaysia ?
b) Adakah Kerajaan sedar bahawa kadar inflasi menyebabkan kesulitan kewangan pada kumpulan golongan berpendapatan rendah?
5. M.Kulasegaran minta Menteri Dalam Negeri menyatakan,
a) Kenapakah kematian dalam pusat tahanan khususnya di lokap menjadi satu siri rangkaian di Malaysia ? dan
b) Sila kemukakan statistik 10 tahun kematian di lokap serta jalan penyelesaiaan yang diimplementasikan bagi mengelakkan ianya berulang.
USUL – USUL
- M.Kulasegaran ( Ipoh Barat) akan mencadangkan
“Bahawa Dewan ini harus meminta Kerajaan supaya menubuhkan satu badan bebas bagi menjalankan kajian terperinci untuk mengenalpastikan keperluan untuk membina sekolah-sekolah Cina dan Tamil yang baru”
- M.Kulasegaran ( Ipoh Barat) akan mencadangkan
“Bahawa Dewan ini harus mengambil maklum bahawa Kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang bagi mensyaratkan semua wakil rakyat mengumumkan asset milikan / kekayaan peribadi secara terbuka”
- M.Kulasegaran ( Ipoh Barat) akan mencadangkan
“Bahawa Dewan ini harus meminta Kerajaan supaya mengambil ketetapan yang rasional dalam pemilihan jumlah golongan Bukan Melayu secara seimbang dalam sektor perkhidmatan awam.”
YB, The main question regarding interlok issue is weather the right things are being taught to the students. My grouse is that how about the contributions by the proffessionals who were brought in to this country during early times and how together with other races helped, worked and develpoed this country. Namely Indians was involved in rubber, railways etc. During the emergency few indians was involved in protecting the nation's security. Why are the names of top people"s contributions like Tun Sambanthan, S.P and D.R. Seenivasagam brother ets. are not educated to our fellow Malaysians. I believe there are other races as well who has top leaders who has contibuted to this country which I think is the foremost important education and in promoting unity in this country. Don't you think so? I heard that historical names like Parameswara is no longer mentioned in history syllabus. Why are they distorting the actual history and for whose benefit? See the latest incident in KKB now the PTA can actually detain schoolboys for questioning for more then 10 hours without the parents!
ReplyDelete