Dimanakah perhatinan agensi kerajaan?

Penduduk kawasan Taman Desa Impian meminta pihak berkuasa untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan sampah dengan serta merta. Ini adalah kerana sejak kebelakangan ini Taman Desa Impian dan beberapa taman di Bercham sering dilanda banjir.

S. Arumugam, 38 berkata paras air telah mencecah sehingga paras pinggang. Akibat daripada banjir ini beliau mendapati barang-barang kelangkapan rumah seperti perabot, pakaian, barangan elektrik, keperluan sekolah anak-anaknya serta makanan telah rosak.

Beliau pernah melaporkan aduan beliau di MBI, justera itu sub contractor MBI telah mula membersihkan longkang-longkang di hadapan dan di belakang rumah. Walaubagaimanapun beliau menyatakan bahawa monsoon drain tidak dibersihkan langsung.

Semasa lawatan saya ke tempat kejadian memang benar monsoon drain tersebut sumbat dengan takungan air. Ini menyebabkan air tidak dapat mengalir serta mengeluarkan bau yang busuk.

Sharulina Bt. Rusli, 26 dan Noor Fazynn Bt. Abdul Majid, 26 pula masing-masing mengalami kerosakan harta benda. Apabila menemui penduduk-penduduk di situ, saya mendapat tahu bahawa anggaran kerugian setiap penduduk di kawasan tersebut adalah sebanyak RM 3000.00

Di Taman Bercham Baru pula Chia Sing Kui, 33 tidak berpuas hati langsung dengan tindakan pemaju rumah yang menutup saliran pengaliran air ke longkang. Pada November 2009 beliau pernah mangadu bahawa banjir yang mencecah sehingga paras lutut disebabkan oleh pemaju rumah bernama NOVA.

Selepas laporan tersebut, pihak MBI dan pihak Jabatan Saliran dan Perparitan pernah membuat penyiasatan tetapi hasilnya tidak berguna.

Semalam saya telahpun menelefon pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta untuk melaporkan insiden ini. Malangnya pihak kebajikan tidak dapat hadir ke kawasan tersebut kerana sangat sibuk.

Pagi tadi saya bagi pihak pengadu telah membuat beberapa aduan di MBI mengenai banjir dan masalah sampah. DAP berharap pihak MBI, pihak JKM dan pihak Jabatan Saliran & Perparitan serta JKR menjalankan kerja-kerja pemantauan untuk membantu mangsa-mangsa banjir ini.

Comments