Kedua ibubapa risau kehilangan anaknya

Suasana kedua ibubapa menjadi sedih dan risau selepas menerima panggilan daripada Pusat Pemulihan Ahklak Taman Seri Puteri. Pada 15/06/2010 Francesca Ann Cubinar, 16 tahun, telah dihantar ke Pusat Pemulihan Ahklak Taman Seri Puteri, Batu Gajah melalui arahan Mahkamah Sesyen dan Majistret. Walaubagaimanapun arahan ini dikeluarkan atas permintaan Ibubapanya.

Ibubapanya melawat beliau setiap bulan sejak hari itu untuk mengambil tahu keadaan dan progress pemulihan anak mereka. Tetapi pada 06/10/2010 selepas ibunya Rosalind A/P Letchumanan telah menerima panggilan telefon daripada pegawai yang bertugas di Taman Seri Puteri menyatakan bahawa anaknya telah hilang bersama 2 orang budak perempuan melayu semasa berada di Hospital Batu Gajah.

Ibubapanya mendapat tahu bahawa 3 hari sebelum insiden ini berlaku, ada 2 orang lelaki menghantar pakaian ke pusat tersebut. Kecuaian pengawal keselamatan pusat tidak mengambil sebarang pengenalan diri 2 lelaki tersebut lalu menghantar pakaian tersebut kepada Francesca. Selepas itu Francesca di bawa ke Hospital bersama 2 orang lagi berturutan dengan aduan Francesca yang menyatakan beliau mengalami masalah kulit.

Semasa saya menyoal Pn. Suraya daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta berkenaan kes kehilangan Francesca, Beliau berkata Pusat Pemulihan Ahklak Taman Seri Puteri telah membuat laporan Polis di Batu Gajah. Beliau juga berkata pejabat kebajikan hanya harapkan pihak polis dapat menyelesaikan masalah ini.

Justera itu saya berhubung dengan Insp. Norazila, Balai Polis Batu Gajah, beliau pula menyatakan pihak polis daripada Ipoh tidak berkerjasama bersangkut dengan kes-kes Francesca sebelum ini. Walaubagaimanapun beliau menyatakan bahawa memang keselamatan di pusat pemulihan tersebut tidak memuaskan. Ini adalah kerana buku rekod pelawat tidak dikemaskini mengikut masa.

Ibu Francesca difahamkan bahawa salah seorang budak perempuan melayu telah di tahan di Kuala Lumpur. Daripada kenyataan budak tersebut seorang lelaki india membawa mereka keluar dari Hospital Batu Gajah dan menghantar 2 orang budak melayu ke stesen bas medan gopeng bersama sehelai pakaian baru dan tambang kepada mereka.

Kini kedua ibubapanya memang risau dan sedih ingin mengetahui keselamatan anak mereka. Sudah 1 bulan 4 hari tiada sebarang informasi daripada pihak Polis dan Pejabat Kebajikan. Juga tidak tahu samada anaknya masih hidup atau tidak.

Mengikut kes ini saya hanya melihat agensi kerajaan menuduh sesama lain. DAP mahu pihak polis menjalankan tugas mereka. Kami juga menyaran supaya pihak Pejabat Kebajikan menghormati arahan Mahkamah serta bertanggung jawab dalam kes ini. Jika sesiapa dapat berjumpa dengan Francesca silalah hubungi pihak ibubapanya di talian 012-3755347, 0165077317 atau saya di talian 010-3993020.

Gambar dari kiri D.Tanabalan, Paulino Cubinar (Bapa), Rosalind Lechumanan (Ibu) sedang menunjukan gambar anaknya.

Sekian.
Tanabalan Devarajoo – 010-3993 020
Setiausaha Politik kepada YB M. Kula Segaran, Ahli Parlimen Ipoh Barat

Comments