Kes kecurian hantui penduduk

Kerjasama MBI dan pihak Polis diperlukan.

17/10/2010, Taman Sri Tasek, Ipoh, penduduk tempatan membuat aduan bahawa pihak MBI dan Pihak Polis tidak menghindari masalah mereka.

Sejak kebelakangan ini lebih kurang 10 kes kecurian telah berlaku di Taman Sri Tasek dan Taman Manikavasagam.

Penduduk menyatakan sekumpulan lelaki berpakaian hitam yang bersenjata parang dan kapak merayau di kawasan tersebut serta mencuri barang-barang kemas dan berharga serta wang tunai.

Tindakan pencuri tersebut adalah amat kejam sehinggakan mereka meletak parang di bahagian leher dan mata.

Walaupun beberapa laporan Polis telah dibuat masih terdapat kes yang sama berlaku.

Salah seorang mangsa menyatakan pencuri tersebut pernah menyatakan "jika kamu membuat laporan polis, saya akan datang ke rumah kamu sekali lagi".

Dan keadaan ini memang berlaku pada mangsa tersebut sehinggakan seisi keluarga tersebut menjerit lari lintang pukang untuk menjaga keselamatan mereka.

Penyataan ini seolah-olah ada pehubungan di antara pihak polis dan pencuri.

Semasa saya membuat lawatan ke tersebut saya dapat lihat sebidang kawasan belukar di Lebuh Raya Taman Tasek bersama sebuah "fiber container".

Penduduk juga menyatakan container tersebut menjadi tempat lindung bagi pencuri tersebut.

Semasa mangsa tersebut berjumpa dengan salah seorang pegawai polis di 'B' Team, IPD Ipoh, mengenai hal ini. Pegawai polis tersebut menjawab bahawa pihak polis tidak boleh menjaga rumahnya bagi masa 24 jam.

Tindakan pegawai polis tersebut telah menunjukkan bahawa pihak polis tidak berminat dalam kes ini. Jika inilah tindakan pegawai tersebut kepada masyarakat maka DAP meminta Menteri Pertahanan untuk menghentikan perkhidmatan pegawai yang terlibat dengan serta merta.

Penduduk tempatan juga mendesak pihak polis untuk menunjukkan statstik kes kecurian dan jenayah yang berlaku di kedua taman tersebut serta tindakan yang di ambil oleh pihak polis bersangkut dengan kes-kes ini.

Adakah tangkapan dibuat ataupun pihak polis berjabat tangan dengan pencuri.

Saya dengan ini mendesak pihak MBI supaya menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan belukar tersebut.

Bersamaan dengan kes ini Pejabat Ahli Parlimen Ipoh Barat akan berhubung dengan pihak Polis pada hari Rabu (20/10/2010) ini.

Gambar: dari kanan Sdr. K. Ananthan, Pengerusi DAP Taman Loke Lim, D. Tanabalan bersama penduduk.

Comments