Sebelum membuat kenyataan sila kaji kenyataan tersebut.

K.M. Raj yang mengeluarkan kenyataan palsu harus meminta maaf kepada pemimpin PR.

Kenyataan yang dibuat oleh K.M.Raj sangat dikeji kerana ianya hanya berpanduan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia. K.M. Raj harus memahami kandungan Utusan Malaysia hanya memaparkan serta mengungkitkan isu perkauman.

Dalam tempoh 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah, 13 kuil Hindu telah dianugerahkan dengan tanah, dan sebuah crematorium dalam pemprosesan kelulusan.

Tanah ini hanya diberikan kepada golongan miskin tanpa mengira kaum, bukannya seperti yang dimanupulasikan oleh UNMO dan Utusan Malaysia.

Kelulusan tanah ini diberikan kepada Kg. Baru sebanyak 64000 orang & Kg Tersusun sebanyak 42000 orang. Dalam angka ini 5% -6% daripada penduduk Kg. Baru adalah penduduk kaum India.

K.M.Raj diminta supaya untuk mengkaji atau melawat kampung – kampung ini supaya dapat mengetahui hal sebenar.

Pemberian tanah kepada Sekalah Jenis Kebangsaan Cina pula adalah diberikan kepada SJKC Persendirian bukannya sekolah bantuan modal penuh daripada kerajaan persekutuan. Analysis menunjukkan tiada SJKT Persendirian di Negeri Perak.

Walaubagaimanapun pemimpin PR telah bermesyuarat dengan PIBG untuk mengendalikan proses pemberian tanah kepada SJKT secara rasional, terutamanya SJKT di Pangkor. Malangnya setelah BN merampas kuasa segala rancangan baik kepada rakyat telah tergendala.

Di Perak jumlah pengundi mengikut kaum adalah seperti berikut 51% Melayu, 33% Cina, 13% India dan Lain-lain 3%, tetapi 95% jumlah staf perkhidmatan awam dari pegawai atasan hingga pekerja bawahan terdiri daripada kaum Melayu manakala 2.5% adalah kaum India yang terdiri daripada pekerja bawahan.

YB A. Sivanesan, EXCO kerajaan PR pada masa itu telah membangkitkan isu pengambilan pekerja serta mengkaji semula pemberian quota bagi kaum India.

Kami ingin menegas disini janganlah memandang rendah terhadap pekerja “Mandur” kerana kebanyakan “Mandur” di Malaysia terdiri daripada kaum India. Mereka ini adalah pekerja am yang menjadi salah satu unsur pembangunan Negara ini serta rakan persejuangan kaum India.

Persatuan kami menegaskan K.M.Raj supaya menunjukkan identiti yang betul semasa membuat kenyataan sepenuhnya bukannya sebagai surat layang.

Ahkirnya pembinaan “Raja Gopuram” setinggi 70kaki di kuil Sri Subramaniam, Gunung Ceroh adalah ditandatangani oleh YB A. Sivanesan tanpa sebarang pindahan. Semasa BN memerintah BN menolak permohonan, seolah-olah akan menctuskan isu perkauman.

Kenapakah K.M.Raj tidak hindar bahawa BN selama 52 tahun bukan saja tidak menunaikan janji tetapi BN sering menepikan kebajikan dan kemajuaan kaum India.

Kenyataan Media daripada D. Tanabalan, Setiusaha, Persatuan Kebajikan, Komuniti & Dialog, Ipoh, Bekas Pegawai, Unit Hal Ehwal Bukan Islam, SUK Perak pada 03/09/2010

Comments