Hari Bersama Rakyat

Kuil Sri Maha Kaliamman di Bercham telah mengadakan sambutan perayaan ulangtahun. Jawatankuasa kuil telah mengundang YB. M. Kula, YB. Thomas Su dan beberapa orang ahli DAP untuk menghadiri upacara sembahyang di kuil tersebut. YB. Thomas Su memang tertarik dengan gendang tradisional yang dimainkan oleh sekumpulan pemain musik tradisional. YB. M. Kula juga turut serta dalam sambutan Hari Keluarga anjuran Pusat Khidmat ADUN Canning.

Cawangan-cawangan PAS di kawasan Ipoh Barat telah menganjuran satu majlis yang sangat meriah sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Majlis ini telah diadakan di padang permaiman Taman Tasek Damai. Orang ramai dan Penduduk tempatan daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kaum telah mengambil bahagian dalam sambutan ini. Turut serta YB. M. Kula Segaran, Ahli Parlimen Ipoh Barat, YB. Sum Cheok Leng, ADUN Bercham, YDP PAS kawasan Ipoh Barat Tuan Hj. Nor Azli, Timbalannya En. Riduan, Bekas ADUN Teja, Sdr. R.K.Muthu serta memberi ucapan sempena hari yang mulia ini. Kedua-dua wakil rakyat telah menunjukkan simpati terdapat warga miskin dengan memberikan sumbangan wang raya kepada mereka yang memerlukannya. Manakala juadah yang disediakan pada pagi tersebut adalah sumbangan daripada kesemua cawanagan PAS kawasan Ipoh Barat. YB. M. Kula mengalu-alukan sambutan sebegini serta menyokong penuh supaya majlis seperti ini diadakan di seluruh kawasan di seluruh negara. Ini adalah kerana majlis seperti ini akan mengeratkan lagi perpaduan di antara kaum di negara ini.

Comments