Berturutan dengan pertengkaran di antara wakil rakyat BN dan PR semasa mesyuarat meja bulat di ruang rehat parlimen mengenai isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam dan kemasukan ke kolej matrikulasi.
Sebenarnya isu yang dibincangkan semasa mesyuarat meja bulat adalah satu isu yang penting bagi generasi kaum India akan datang tetapi wakil rakyat BN memandang rendah terhadap mesyuarat tersebut serta menganggu mesyuarat supaya dihentikan.
Mesyuarat ini adalah satu perbincangan mengenai sistem kuota biasiswa JPA dan kemasukan ke kolej matrikulasi antara kaum di negara ini, Keadaannya menjadi rumit semasa ketiadaan bilik untuk bermesyuarat di Parlimen kecuali ruang rehat anggota Dewan Negara.
Ini adalah kerana kelakuan Ahli Parlimen Barisan Nasional memang tidak bermoral dan memalukan serta mendiskriminasi kaum India di Malaysia.
Sepatutnya wakil rakyat BN harus menunjukkan kelakuan yang positif serta harus bersedia berhadapan dengan kritikkan dan menghormati wakil rakyat PR supaya dapat membentangkan keputusan mesyuarat di Dewan Rakyat.
Jika mereka tidak berpuas hati, maka mereka bolehlah membahaskannya di dalam Dewan Parlimen dan bukannya ditempat mesyuarat yang dibenarkan atau diluluskan.Kenapakah isu keselamatan kepada wakil rakyat tidak dipersoalkan semasa YB. S.K. Devamany membawa rakan-rakan orang asli untuk lawatan ke Parlimen?
Dimanakah pendirian wakil rakyat Barisan Nasional semasa Pemuda UMNO mengancam keselamatan YB. Karpal Singh.? Bukankah ianya bermaksud Ahli-Ahli Parlimen BN hanya mahu mementingkan kepentingan diri sendiri mereka sahaja.?
Parlimen adalah tempat yang rakyat boleh datang, bukan hanya terhad kepada mereka yang tertentu. Bertengkar dihadapan rakyat awam adalah satu kesilapan yang paling besar dan ini akan menjatuhkan imej serta kemuliaan Parlimen negara ini.
Kelakuan Ahli Parlimen Kinabatangan sememangnya diketahui oleh ramai orang. Tetapi tindakan beliau bersama Ahli Parlimen BN yang memarahi orang-orang India jelas menunjukkan bahawa mereka ini menentang habis-habisan kepentingan pendidikan kaum India.
Objektif mereka berbuat demikian adalah untuk menunjukkan keberanian berhaluan kosong sahaja. Sikap sedemikian boleh diklasifikasikan sebagai satu sikap yang cukup kurang ajar dan memaparkan ketiadaan unsur-unsur perikemanusiaan terhadap kaum India.
Bagaimanakah mereka ini boleh berkhidmat untuk demi kepentingan rakyat umum sebagai seorang ahli parlimen?
Oleh yang demikian, kami daripada Jawatankuasa Perhubungan Parlimen Ipoh Barat menegaskan serta memberikan amaran kepada wakil-wakil rakyat BN supaya mengikuti lunas-lunas kemuliaan Parlimen serta meminta maaf secara terbuka kepada seluruh kaum India atas perbuataan mereka.
Kami juga mendesak supaya mereka meminta maaf kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat dengan serta merta. Pada masa yang kami juga ingin mencabar Ahli-Ahli Parlimen MIC untuk menyatakan pendirian mereka dalam isu ini serta ingin menasihat supaya bersuaralah demi masa depan kaum India dan janganlah menyembunyikan diri dibawah payung UMNO/BN.
Nota: Gambar bagi yang duduk dari kiri Sdri. Jayalachimi, Setiausaha Hal Ehwal Wanita cawangan DAP Ipoh Barat Sdr. A. Wasu, Pengerusi cawangan DAP Maxwell, D. Tanabalan, Pegerusi cawangan DAP Kepayang, Sdri. S. Sarala Devi, Setiausaha cawangan DAP Taman Merdeka, P. Sugumaran, Pengarah Biro Pendidikan DAPSY Perak.

Comments
Post a Comment