Begitulah keadaan penduduk rumah pangsa Waller Court semasa tinjauan kami dari Pejabat Ahli Parlimen Ipoh Barat yang ke Waller Court yang terletak di Jalan Dato Jaafar di Ipoh.
Rumah pangsa adalah milik Majlis Bandaraya Ipoh yang disewakan kepada golongan berpendapatan rendah disekitar bandaraya Ipoh.
Sewa bulanannya adalah dari RM70 sehingga RM120, iaitu mengikut bilangan bilik. Rumah pangsa Waller Court ini telah dibina pada tahun 1962, kebanyakan penduduk disini adalah dari kalangan orang tua dan yang bersara, juga boleh dikataan mangsa lepasan keluarga kandung atau anak-anak mereka.
Keadaan mereka disini menjadi lebih teruk apabila MBI seolah-olah menganak tirikan mereka. Masalah yang dihadapi oleh penduduk Waller Court boleh dikelaskan kepada beberapa ketagori seperti di bawah:-
Kebersihan di sekitar rumah pangsa
Pemungutan sampah sarap tidak mengikut waktu masa yang ditetapkan, akibatnya penduduk disitu terpaksa menghidu bau yang busuk sepanjang minggu.
Rumput tidak dipotong mengikut masa, tempat permainan kanak-kanak telah tergadai kepada “lepak king”.
Saluran paip bocor dan longkang tersumbat di mana tidak dibersihkan sejak beberapa bulan lalu.
Keadaan longkang yang pecah dan tiada penutup amat merbahayakan bagi kanak-kanak dan orang tua disitu.
Kami juga dapat melihat pembiakan nyamuk dibeberapa longkang kerana air bertakungan tidak dapat mengalir disebabkan oleh sampah sarap.
Struktur Bangunan
Rumah Pangsa Waller Court ini sudah usang dan tidak diselenggara sehingga mencacatkan keindahan bandar raya Ipoh.
Ada yang telah kehilangan tingkap dan tingkap hampir jatuh dibahagian belakang flat tersebut.
Keadaan tandas di dalam rumah pula agak teruk kerana mangkuk tandas tidak pernah di tukar sejak dibina walaupun pecah.
Pintu tandas pula dibaiki oleh MBI tanpa mengikut saiz yang sebenar. (off size)
Rumah terbiar menjadi sarang penagih dadah dan sarang maksiat dibeberapa blok di sini.
Pendawaian saluran elektrik ke setiap rumah yang sedia ada dalam keadaan yang bahaya.
MBI seharusnya mengemaskini keadaannya supaya dalam menghindari kejutan letrik di kalangan penduduk di sini.
Persoalan penduduk
Apakah tindakan yang diambil oleh pihak MBI mengenai hal ini?
Adakah MBI akan membiarkan masalah tersebut dan terus menipu rakyat miskin yang memerlukan tempat tinggal dengan jawapan tiada kekosongan buat masa sekarang.
Dimanakah pendirian MBI jika rakyat didahulukan untuk menderita dan pencapaian sekadar kata saja. Apakah tempoh masa yang diperlukan oleh MBI untuk menyelesaikan masalah ini?
Permintaan penduduk
Waller Penduduk di situ amat memerlukan bantuan pihak kerajaan supaya dapat menikmati kehidupan biasa seperti orang lain di bandar.
Mereka amat memerlukan tempat tinggal sekarang kerana kedudukan Waller Court yang berhampiran dengan pusat perniagaan, pasar, klinik dan hospital dan sebagainya.
Pada Mesyuarat Penuh bulan Disember 2009, pada sidang media Datuk Bandar pernah menyatakan bahawa beberapa rumah pangsa termasuk Waller Court akan diperhati untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaran dan pembaikpulihan semula bangunan tersebut akan dimulakan secepat mungkin.
Tetapi sehingga hari ini MBI bersikap lepas tangan menjaga kebajikan penyewa di sini.
Sehubungan dengan itu, MBI diminta mempercepatkan proses pembersihan dan proses menaik taraf bangunan pangsa Waller Court secepat mungkin.
Pada pendapat saya, sepertimana MBI menguatkuasakan sistem pungutan sewa bulanan daripada penduduk Waller Court, seperti itu mereka harus mempercepatkan kerja-kerja penyelenggaran dan kerja-kerja naik taraf harus dijalankan dengan segera.

D. Tanabalan, Political Secretary
Comments
Post a Comment