Rumah Terbiar Menjadi Sarang Penagih Dadah, Penduduk Risau Kebakaran Berlaku

Nanyang Siang Pau Tarikh -18/03/2010 (M/S B8)
Rumah kosong beralamat No. 450, Jalan Jerlun, Buntong telah terbiar sejak lebih sepuluh tahun dan menjadi sarang penagih dadah pada waktu malam. Tambahan pula cuaca panas sejak kebelakangan ini, penduduk risau kebakaran akan berlaku serta menjejaskan rumah jiran.
Setiausaha DAP Bahagian Ipoh Barat, En. Balan, Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Ipoh Barat, En. Tanabalan dan Pengerusi DAP Cawangan Pasir Pinji, En. Lee Kin Chiew telah membuat tinjauan bersama-sama, semalam.En. Balan berkata rumah kayu tersebut telah terbiar sejak lebih sepuluh tahun dan menjadi tempat tidur penagih dadah pada waktu malam.
Penduduk risau kebakaran akan berlaku sekiranya tertinggal puntung rokok atau bahan mudah terbakar.Menurut beliau, terdapat banyak rumah yang terbiar di sekitar kawasan Buntong. Pada 28 Februari lalu, kejadian sebuah rumah kayu terbakar telah berlaku.
Sehubungan dengan itu, MBI diminta mengeluarkan arahan kepada pemilik rumah berkenaan bagi membersihkan semak-samun atau merobohkan rumah yang terbiar bagi keselamatan penduduk di sekitar.
Menurut beliau, surat aduan berkenaan telah dihantar kepada MBI pada bulan Februari dan Mac 2010 bagi mendapatkan tindakan segera, tetapi agak kecewa tidak sebarang maklum balas diterima.
Penduduk di belakang rumah terbiar berkenaan, En. Tan berharap pihak MBI akan memberi perhatian serius terhadap perkara tersebut. Beliau risau kebakaran akan berlaku dan menjejaskan rumah bersebelahan.
MaklumbalasTindakan telah dijalankan melalui No. Fail K1/E2/5/45/03 dan rumah usang tersebut telah dirobohkan pada 28 Mac 2010.

Comments