Ketidakprihatinan MBI & TNB

Peniaga-peniaga di sekitar Bandaraya Ipoh mengalami kesukaran & kerumitan untuk menyuarakan aduan mereka kepada pihak berkuasa tempatan.

Terutamanya peniaga-peniaga di sepanjang Jalan Masjid, kebanyakannya terdiri daripada peniaga yang menguruskan pengembumian jenazah. Aduan daripada mereka adalah di persimpangan Jalan Masjid dan Jalan Dato’ Tahwil Azhar sering kali berlakunya kemalangan.

Pemandu kenderaan yang menggunakan Jalan Dato’ Tahwil Azhar tidak berhenti di simpang empat malah terus melintas.

Menurut peniaga-peniaga di situ hampir 2 kemalangan berlaku dalam seminggu.

Saya pernah menghantar surat aduan kepada Datuk Bandar sebelum ini tetapi maklumbalas yang saya dapati daripada pegawai MBI adalah tiada peruntukan serta bonggol di kawasan bandar adalah tidak sesuai.

Kenapakah MBI tidak mempunyai mekanisme untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sepatutnya diselesaikan dalam pemantauan mereka.

Selain daripada itu pada waktu malam pula berlakunya kecurian dan kes-kes ragut, Ini adalah kerana lampu-lampu jalan di sepanjang Jalan Masjid dan Jalan Dato Tahwil Azhar tidak berfungsi.
Ada lampu yang nyalaanya berkelip-kelipan manakala yang lain tidak bernyala langsung. Untuk perkara ini juga saya pernah menghantar surat kepada Datuk Bandar.

Jawapan yang telah diberikan kepada saya adalah kerosakan lampu bagi tiang jenis konkrit adalah di bawah selenggeraan TNB.

Selari dengan itu saya telahpun memaklumkan perkara ini kepada pihak TNB. Juga tiada sebarang penyelesaian didapati.
Jika proses menuding jari ini berlarutan, dimanakah harus masyarakat mengadu dan siapakah akan bertanggungjawab sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku?

D. Tanabalan – 010-3993 020
Setiausaha Politik kepada YB. M. Kulasegaran,
Ahli Parlimen Ipoh Barat,
Pengerusi Cawangan Kepayang,
AJK DAPSY Perak.

Comments