Kebakaran di Buntong pada 28/02/2010 jam 1.00 pagi. Semasa En. Tan berada di rumahnya beliau, tiba- tiba beliau mendengar bunyi letupan dari belakang rumah. Kemudian beliau terus ke belakang rumahnya, mendapat tahu sebuah rumah kosong sedang terbakar.


Beliau melaporkan perkara ini kepada pihak Polis. Diketahui bahawa 2 minggu yang lalu penghuni rumah tersebut telah pindah kerana keadaan rumahnya yang hampir roboh.



Walaubagaimanapun tiada sebarang kehilangan nyawa. Api yang merebak telah menyebabkan rumah tersebut hangus sebelum pihak Jabatan Bomba & Penyelamat datang ke tempat kejadian.



Pihak Bomba hanya dapat menghentikan api merebak ke rumah-rumah berhampiran.


D. Tanabalan

Comments