The PM should make TEKUN NASIONAL for all MALAYSIANS

TEKUN Nasional was established in 1998 to implement the Program Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) which provides loans to small entrepreneurs who are bumiputras.

In 2008, the government decided to allocate RM 3 million to provide financial aid to young Indian entrepreneurs and the fund would be channeled through TEKUN Nasional and the MIC-owned Yayasan Social Strategic Foundation (YSS).

The allocation was increased to RM 15 million annually last year.

While the government’s move to provide such assistance to the Indian community is most welcomed, there are various problems and weaknesses which must be addressed and solved.

I had, on December 7th last year, raised two related issues in Parliament.

They were public complaints about the long time taken to approve their applications and the running out of application forms at TEKUN Nasional offices.

Although the Deputy Minister of Agriculture and Agro-based Industry Ministry, Rohani Abdul Karim explained that the forms are available at the TEKUN offices and are free of charge, I mentioned that this was not the actual situation on the ground.

I believe a major reason for the occurrence of such problems is due to the fact that YSS is also involved in receiving and processing the applications.

Why should there be an extra body to handle the applications when the applications can be directly submitted to TEKUN Nasional offices?

The YSS involvement does not only lengthens processing time, it also gives rise to suspicion that political bias may come into play as YSS is an arm of the MIC.

I therefore call on the Government to allow TEKUN Nasioanl be the sole authority to directly receive process and approve all applications for loans from the Indian community.

As the Prime Minister has talked so much about his 1 Malaysia concept whereby all races will be given assistance, he should make it a policy that TEKUN Nasional funds should be for all Malaysians, irrespective of race.


When giving her parliamentary reply, Puan Rohani reveled that TEKUN Nasional set up in 1998 to assist the bumiputras, has until Sept 31 last year, made 188,708 disbursements worth RM1.385 billion to 150,988 small entrepreneurs.

Hence, the allocation provided for the Indians is peanuts compared to the TEKUN Nasional’s total fund while the Chinese are totally left out.

Najib has said that the central theme of his 1 Malaysia concept is “Justice for All"..

Is he prepared to walk the talk and make TEKUN Nasional for all Malaysians?

HANSARD
My Parliamentry question no 4 which came up on the 7thDecember09

4. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
menyatakan mengenai pinjaman TEKUN:
(a) berapakah bayaran yang perlu dilakukan untuk mendapatkan borang
tersebut dan adakah bayaran pemprosesan dikenakan untuk setiap
permohonan; dan
(b) seberapa jauhkah efektifnya sistem TEKUN ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II [Datuk Hajah Rohani binti Haji
Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, TEKUN Nasional ditubuhkan pada 9 November 1998 yang
melaksanakan Program Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN). Program ini
diwujudkan bagi membantu usahawan kecil yang ingin memula dan meningkatkan perniagaan
melalui pembiayaan perniagaan dan khidmat sokongan. (a) Pembiayaan TEKUN disediakan secara mudah tanpa cagaran dan penjamin, dan pemohon hanya perlu memohon terus kepada Pegawai TEKUN di Pejabat TEKUN kawasan. Borang permohonan boleh diperolehi secara percuma. Permohonan yang berjaya atau lulus dikenakan yuran proses, iaitu sebanyak RM30 bagi pembiayaan yang diluluskan kurang daripada RM10,000, RM50 bagi pembiayaan di antara
DR. 7.12.2009
4
RM10,000 sehingga RM30,000 dan RM100 bagi pembiayaan melebihi RM30,000 sehingga RM50,000. Bayaran proses ini akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan kepada usahawan. Sekiranya permohonan tidak diluluskan pemohon tidak dikenakan
sebarang caj. Bagi menjawab soalan,
(b) Program TEKUN adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada usahawan kecil untuk memula dan memajukan perniagaan tanpa memerlukan cagaran dan penjamin. Selain daripada pembiayaan TEKUN Nasional turut menyediakan
peluang-peluang perniagaan, peluang mejana pendapatan, khidmat bimbingan dan sokongan serta jaringan usahawan. Kerajaan mendapati sistem pembiayaan TEKUN yang dilaksanakan adalah efektif, di mana sehingga 31 September 2009 TEKUN Nasional berjaya mengeluarkan
188,708 pembiayaan bernilai RM1.385 bilion kepada 150,988 usahawan di seluruh negara. Daripada keseluruhan pembiayaan ini 31,716 usahawan telah mendapat pembiayaan ulangan berjumlah RM433.84 juta dan TEKUN Nasional tidak mengehadkan jumlah kali pinjaman yang boleh diluluskan kepada seseorang usahawan sehingga terdapat usahawan TEKUN yang telah
menerima enam kali pinjaman. Sistem pembiayaan yang diamalkan oleh TEKUN juga didapati efektif kerana proses permohonan dan kutipan bayaran balik yang mudah. Usahawan hanya perlu memohon di Pejabat TEKUN kawasan dan apabila diluluskan kaedah bayaran balik
bayaran adalah fleksibel di mana usahawan boleh melunaskan bayaran balik apabila staf TEKUN datang membuat kutipan di premis perniagaan mereka atau mereka boleh membayar di Pejabat TEKUN melalui bank yang dilantik atau melalui cek tarikh tertunda (post-dated cheque).
Selain daripada itu, syarat-syarat permohonan adalah mudah dan senang dipenuhi oleh usahawan dan pengalaman dalam perniagaan bukanlah merupakan syarat utama dan pemohon-pemohon yang bercadang untuk memulakan perniagaan juga layak memohon pembiayaan TEKUN. Melalui sistem pembiayaan TEKUN yang mudah ini usahawan di seluruh negara mampu memula dan membesarkan perniagaan masing-masing tanpa kerenah birokrasi yang merumitkan. Terima kasih. DR. 7.12.2009
5
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, saya difahamkan daripada akar umbi ini bahawa proses memperoleh apa yang
dikatakan borang-borang itu sangat susah. Saya mendapat laporan, ada orang yang datang
berjumpa dengan saya mengatakan apabila mereka pergi ke kawasan-kawasan di mana borangborang
patut diberikan tetapi dikatakan tidak ada. Mereka diarahkan untuk pergi ke NGO-NGO
untuk mendapat borang-borang tersebut, di mana mereka perlu membayar untuk mendapat
borang-borang tersebut. Jadi, dari segi micro level, yang mustahak adalah di mana pertamanya,
kita perlu mengadakan borang untuk menolong target group itu.
Kedua, mengenai wang yang dikatakan telah diagihkan kepada setiap pemohon antara
RM3,000 hingga RM30,000. Saya difahamkan ramai di antara pemohon yang permohonan
mereka masih belum diluluskan baru-baru ini yang telah memohon lebih daripada enam bulan.
Bagaimana perkara ini dapat diatasi supaya target groups yang telah dikenal pasti dapat manfaat
tertentu.
Akhir sekali baru-baru ini dalam belanjawan, kerajaan telah mengagihkan sebanyak RM35 juta untuk masyarakat India bagi menolong mereka dalam penglibatan perniagaanperniagaan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Setakat ini bukankah benar bahawa tidak ada apa-apa yang telah diberi publisiti supaya masyarakat ini mendapat manfaat tersebut? Adakah ini juga akan melibatkan Orang Asli, bumiputera Sabah dan Sarawak?
Terima kasih.
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Soalan three in one. Terima kasih, Tuan
Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanya. Ada tiga soalan. Satu, mengenai borang yang susah didapati saya telah menerangkan tadi sebab ini memang boleh didapati dan dengan percuma pula, Yang Berhormat. Mungkin Yang Berhormat boleh memberi kepada saya dengan lebih spesifik supaya kita menyiasat sebab ini pun akan menjadi sesuatu. Kami pun tidak berkehendakkan perkara ini berlaku, Yang Berhormat. Ini boleh didapati di mana-mana Pejabat TEKUN dan ia adalah percuma. Jadi, Yang Berhormat berikan kepada saya maklumat itu supaya kita rectify, dengan izin.
Kedua, sebenarnya pinjaman pembiayaan TEKUN ini bermula daripada RM500 hingga
RM50,000 dan kepada semua bumiputera. Ianya kepada semua bumiputera Yang Berhormat, kepada semua bumiputera. Jadi Orang Asli Yang Berhormat sebutkan, kepada yang di Sabah, di Sarawak semua, ia adalah terbuka kepada semua bumiputera dan khasnya kepada kaum India, yang diluluskan khas oleh Jabatan Perdana Menteri untuk membantu kaum India miskin. Ini bermakna ia adalah terbuka kepada semua bumiputera termasuk kaum India.
Tadi disebutkan Yang Berhormat bahawa adanya melebihi enam bulan sehingga
sekarang belum mendapat pembiayaan. Jadi Yang Berhormat memang ada terjadi tetapi bukan
DR. 7.12.2009

kepada semua. Ini disebabkan memandangkan ini adalah pembiayaan dan ia memerlukan
rolling fund dengan izin, jadi kita sebenarnya men target kan supaya setiap pembiayaan kita
boleh kutip dalam RM30 juta sebulan, tetapi setakat kini kita hanya dapat mengutip RM12 juta.
Oleh yang demikian ia teranjak Yang Berhormat. Akan tetapi arahan telah diberikan bagi mereka yang ada backlog ini, dalam masa dua bulan akan dibayarkan segala backlog, mulai daripada masa ini disebabkan arahan sudah diterima akan dibayar dalam masa dua bulan. Ini disebabkan shortfall kutipan Yang Berhormat. Ia disebabkan itu adalah satu rolling fund. Yang ketiga Yang Berhormat, saya tidak tahu dari segi publisiti tetapi pinjaman kepada yang kita namakan ini adalah Skim Pembangunan Usahawan Muda India dan setakat 30 September tahun ini Yang Berhormat, kita telah menerima dan meluluskan 926 pembiayaan yang bernilai RM6.673 juta kepada belia India di bawah skim ini. Jika mengikut negeri, negeri yang paling ramai memohon Yang Berhormat adalah daripada Perak, 296 orang dan selepas itu daripada Selangor 211 orang dan ketiga daripada negeri Kedah 185 orang dan lain-lain negeri semua ada kecuali Sabah dan Sarawak, sebab tidak ada daripada Sabah dan Sarawak. Jadi Yang Berhormat, saya mohon maaf Yang Berhormat kalau publisiti dan sebagainya, kita akan take your queue dan kita akan menguar-uarkan. Terima kasih Yang Berhormat.

Comments