Oleh ZULKIFLI JALIL
http://us.mc1133.mail.yahoo.com/mc/compose?to=pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 14 Dis. - Raja-raja Melayu harus bersatu dengan memberi gambaran bahawa kedudukan kuasa politiknya tetap utuh dengan sokongan rakyat yang sedar kepentingan institusi tersebut.
Menolak kemungkinan Malaysia menuju republik dengan sentimen politik sekarang, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, institusi raja perlu memperlihatkan titik-titik sentuhan antara raja dan rakyat agar kewujudannya dinilai secara adil oleh masyarakat.
Beliau menarik perhatian mengenai gambaran yang dipaparkan hari ini khususnya kalangan anak muda terhadap majlis-majlis raja yang terlalu tradisi seperti penganugerahan pingat dan darjah kebesaran.
''Institusi raja perlu menampakkan nilainya kepada masyarakat seperti mana yang dilakukan oleh Raja Nazrin Shah dan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sering membuat teguran seperti 'jangan pihak berkuasa lebih sangat politiknya'.
''Ini cara yang lebih nyata iaitu raja menyuarakan sesuatu yang pokok berkaitan soal perpaduan (rakyat).
''Jika tidak buat demikian, Perkara 153, 160 atau Perkara 152 berkaitan Islam dan seterusnya akan dilupai. Ini cara hendak menghentikan trend seolah-olah kita sedang menuju ke republik," katanya.
Beliau mengulas kolum Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat bertajuk Malaysia menuju republik terbitan Mingguan Malaysia 13 Disember lalu.
Dalam kolum itu, Awang Selamat menyuarakan kekhuatiran mengapa konsep ketuanan Melayu yang tidak dilaung-laungkan oleh masyarakat Melayu kebelakangan ini, dijadikan isu oleh DAP.
''Ketuanan Melayu bersandarkan perlembagaan negara. Apakah para pemimpin DAP yang memperjuangkan gagasan Malaysian Malaysia kini menolak kedudukan Raja-raja dan mahu menjadikan Malaysia negara republik? Awang percaya itu yang tersirat.
''Tetapi disebabkan rasa terdesak DAP kerana perkembangan politik tidak memihak kepada pembangkang, banyak perkara tersirat sudah menjadi tersurat. Semakin banyak petunjuk memperlihatkan persiapan DAP begitu sistematik menuju ke arah negara republik dengan sasaran utama untuk menulis semula perlembagaan," menurut kolum tersebut.
Rais berkata, dalam menentukan arus perjuangan, orang Melayu sebenarnya turut serta dalam penekanan 'sama rata, sama rasa' mengikut acuan 'pihak tertentu' tanpa mengenal hak dan kedudukan dalam Perlembagaan atau di bawah sekatan-sekatan budaya.
''Keadaan ini menyebabkan sebahagian masyarakat menyokong tanpa memandang ke belakang (sejarah). Konsep igalitarian (republik) ini mewujudkan satu keadaan di mana kita seolah-olah tidak ada ketuanan atau sekatan sosio-budaya.
''Jadi, persoalan timbul mengapa sebahagian besar orang Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas tidak fikir begitu (mempertahankan perlembagaan sedia ada)," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

Comments
Post a Comment