PPP dan MCA jangan bersikap keterlaluan dan meperbodohkan diri sendiri.

Kenyataan Media daripada D. Tanabalan, Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Ipoh Barat pada 21/12/2009 di Ipoh.


Berturutan dengan Isu Ketuanan Melayu yang sering diputarbelitkan oleh UMNO, saya ingin menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah menghina kedudukan kaum Melayu.

Mengikut Dasar Pakatan Rakyat yang pertama dibawah Demokrasi Telus dan Tulen yang diistiharkan di Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama,

Pakatan Rakyat akan mempertahankan Perlembangan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di Negara ini serta melindungi kedudukan istimewa mana-mana antara orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

Wakil PPP yang diketuai oleh Ravi Chandran dan Wakil MCA yang diketuai oleh Lim Huey Shen atau mana-mana pihak yang sering menunjukan perasaan akibat daripada angkara UMNO – BN harus mempelajari Dasar Pakatan Rakyat sebelum membuat sebarang kenyataan.

Kami PR hanya mahu mengimplimentasikan Ketuanan Rakyat yang membawa perubahan di Negara yang kami cintai. Bukan seperti UMNO yang sering akuh dengan Ketuanan Melayu malah mereka berbuat demikian supaya Ketuanan UMNO dapat diteruskan.

Kepada pihak berkuasa terutamanya Polis Di Raja Malaysia, setiap kali semasa parti – parti dalam Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan, mereka mengklasifikan perhimpunan tersebut di atas nama “PERHIMPUNAN HARAM” malah menggunakan pasukannya dan gas pemedih mata untuk menghalau penyokong PR.

Tetapi bagi pihak Barisan Nasional mereka mengklasifikan sebagai perhimpuanan aman. Kenapakan Negara Malaysia mempunyai undang-undang yang double standard? Apakah Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara tidur semasa perhimpunan ini berlaku?

Saya ingin menyarankan kepada wakil-wakil yang mengetuai perhimpunan di bawah pimpinan UMNO supaya jangan memutarbelitkan dan memperkecilkan pemikiran rakyat.

Apakah pendirian MIC dan Gerakan mengenai hal? Inginkah mereka mempelajari atau mengambilkira kandungan yang diimplimentasikan oleh Pakatan Rakyat?

Comments