Today's motion at Malaysian Parliament by M. Kulasegaran

16November 2009

Yang di Pertua,
Dewan Rakyat,
Parlimen.

YB Tan Sri,

Per: Notis Peraturan Mesyuarat 18(1) - Kerajaan harus menubuhkan Jawatankuasa Peyiasatan Terbuka keatas tembakan pihak polis terhadap lima lelaki yang telah berlaku di Klang.

Ini adalah untuk memberikan notis di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2) untuk mengusulkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan seperti berikut:

“Bahawa Dewan mengizinkan M.Kula Segaran, Ahli Parlimen Ipoh Barat untuk menangguhkan Dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan mengenai kehendaknya kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Peyiasatan Terbuka ke atas tembakan pihak polis terhadap lima lelaki yang telah berlaku di Klang.”

Pada 8hb November 2009, Ahad, Lima orang lelaki India telah terbunuh akibat daripada tembakan pihak polis di Lorong Sungai Keramat, Taman Klang Utama di Klang pada jam 12:30 tengah malam.

Ketua Polis Wilayah Persekutuan, CID Datuk Mohd Bakri Zinin menafikan bahawa pihak polis tidak pernah menggunakan kuasanya untuk menembak seseorang suspek secara membuta tuli. Beliau juga membantah bahawa pihak polis tidak bersikap keterlaluan dalam hal ini.

Tetapi ini bukanlah kes pertama di mana orang ramai di tembak oleh pihak polis. Menurut laporan media, tahun lalu, 39 kes kematian dilaporkan selepas pihak polis bertindak keterlaluan dengan menembak orang ramai dengan nama suspek yang dicari. Ianya berterusan pada tahun ini.

Walaupun polis berhak menembak seseorang bagi mempertahankan dirinya, ini bukan bermakna kes kematian akibat tembakan sering meningkat. Sebaliknya menangkap mereka yang tertuduh dan dihukum di mahkamah. Tindakan polis ini telah mengakibat ketenteraman awan telah terancam.

Insiden yang berlaku pada 8hb November 2009 telah pasti kukuh bahawa pihak polis mempergunakan kuasanya tanpa menghiraukan kepentingan dan ketenteraman orang awam.

R Seetha yang telah mencuba untuk membunuh diri bersama-sama 4 anaknya dengan menggunakan racun telah menunjukkan keluarganya dalam trauma kesedihan akibat daripada kematian adiknya. Ini adalah sesuatu yang amat mengerikan bagi keluarga mangsa tersebut. R.Surenden adik kepada R. Seetha yang mati dalam tembakan polis.

R. Rampathy bapa kepada R. Surenden yang telah membantah kenyataan polis bahawa anaknya adalah seorang jenayah. Bahkan beliau menyatakan bahawa anaknya tidak pernah mempunyai sebarang laporan polis atas dirinya, serta tidak pernah ditangkap atau memijak mana-mana balai polis.

Dugaan awam tidak boleh dianggap sebarangan. Pihak polis harus memberi kenyataan yang sebenar kepada orang awam serta tidak menafikan sesuatu tuduhan terhadap polis semata-mata untuk mempertahankan pihak polis.

Kerajaan harus melakukan penyiasatan terbuka di atas kematian lima pemuda tersebut.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

M.Kula Segaran
Ahli Parlimen Ipoh Barat

Comments