Apakah akan terjadi jika kebakaran berlaku?

Semasa lawatan saya bersama Yang Berhormat M. Kula Segaran disepanjang Jalan Kuala Kangsar, Taman Wing Onn dan Taman Semarak. Kami mendapat aduan daripada peniaga-peniaga di kawasan tersebut bahawa tiada Pili Bomba yang sempurna di kawasan tersebut iaitu bertentangan dengan Stesen Minyak Shell.

Gambar di sebelah menunjukan kawasan di mana pihak Bomba telah membuka Pili Bomba tersebut bagi tujuan penyelenggaran tetapi tidak memasang balik. (di hadapan Pusat Servis Tayar & Bateri Shen Yee)

Gambar kedua pula menunjukkan keadaan tempat Pili Bomba yang tidak sempurna. (bersebelahan Restoran Rajamah)

Di Taman Wing Onn ini terdiri daripada kawasan rumah, rumah kedai dan kawasan perindustrian ringan. Tetapi malangnya pili Bomba yang di kawasan tersebut tidak sempurna dan tidak berfungsi.

Peniaga-peniaga di kawasan tersebut amat kuathiri dengan situasi yang mereka hadapi sekarang, kerana bukan sahaja harta benda akan musnah tetapi nyawa yang disayangi turut serta.

Bagaimanakah pihak Bomba akan mengatasi masalah ini semasa kebakaran? Ini adalah kerana masyarakat setempat di sana melabur wang yang banyak untuk membangunkan kawasan tersebut.

Kami pihak DAP menyeru pihak berkuasa tempatan, khasnya pihak Bomba supaya mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini untuk kebaikan bersama.

Kami juga telah menghantar surat aduan kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak supaya mengambil tindakan segera.

daripada, D. Tanabalan

Comments