Repot Polis berkenaan wujudnya kartel dan amalan rasuah dalam PDRM

Kenyataan Media





Kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkenaan wujudnya kartel dan amalan rasuah dalam PDRM adalah sangat serius dan mampu memberi tanggapan negatif terhadap institusi penguatkuasaan undang-undang tersebut.


Saya berpendapat, PDRM seharusnya menjadi badan yang bebas daripada pengaruh luar dan politik wang supaya kepercayaan orang awam terhadap badan itu tidak terhakis.


Kita tidak boleh berkompromi langsung dengan golongan yang korup seperti kumpulan kartel yang dipetik tersebut kerana memberikan imej buruk terhadap PDRM sendiri.


Saya bercadang agar sebuah jawatankuasa bebas ditubuhkan dengan segera untuk menyiasat dakwaan yang membimbangkan ini.


Hasil siasatan jawatankuasa ini nanti kemudiannya mesti didedahkan kepada umum bagi mengelak sebarang ketirisan dalam proses sisasatan tersebut.


Saya membuat laporan polis dengan tujuan mendesak pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap "kartel" ini dan kertas siasatan terhadap pegawai-pegawai  ini harus dibuka.


Sekiranya Parlimen dibenarkan untuk bersidang, kita akan mengemukakan usul tergempar mengenai pendedahan IGP.


Sejak Parlimen digantung, kita tidak dapat berbuat apa-apa. Sekiranya perniagaan dan kedai dibenarkan beroperasi seperti biasa, sudah tiba masanya Parlimen dibenarkan bersidang.


M. Kula Segaran

Ahli Parlimen Ipoh Barat, Perak

Naib Pengerusi Democratic Action Party

Mantan Menteri Sumber Manusia

30 Mac 2021 

Comments