Soalan Parlimen Ipoh Barat untuk Mesyuarat Kedua , Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas



1) Bertanya kepada Menteri Sumber Manusia mengapa seramai 788,800 orang pekerja telah diberhentikan kerja oleh majikan pada bulan April 2020 sungguhpun Program Subsidi Upah telah dikuatkuasakan dan dilaksanakan oleh kerajaan.


B ) Sila jelaskan penilaian terhadap keberkesanan pelaksanaan Program Subsidi Upah.




2) Bertanya kepada Menteri Sumber Manusia sebab Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) melonggarkan permohonan penyedia latihan sebelum pelancaran inisiatif walaupun terdapat ribuan pelabur serta kepada sesiapa yang telah mengekalkan lesen selama bertahun-tahun dan apakah kriteria yang telah ditetapkan untuk mengeluarkan lesen baru.


B) Nyatakan jumlah lesen yang dikeluarkan sebelum dan selepas Mac 2020




3) Minta Menteri Sumber Manusia menyatakan jumlah majikan yang telah diluluskan di bawah Program Subsidi Upah dan telah menyalurkan subsidi tersebut tanpa memberhentikan pekerja.


b) Sila nyatakan jenis industri yang mempunyai tuntutan tertinggi di bawah Program Subsidi Upah.



4) Minta Menteri Sumber Manusia menjelaskan sektor-sektor ekonomi yang akan dimanfaatkan dengan menempatkan dan melatih calon-calon berhubung dengan inisiatif ‘ Place and Train’ yang diperkenalkan oleh KWPSM / HRDF ? Apakah kriteria yang diambil kira dalam menentukan kelayakan sektor-sektor ekonomi berkenaan?



B) Nyatakan jumlah peruntukan kos latihan untuk setiap sektor yang telah dikenalpasti? Apakah kaedah latihan yang akan dijalankan?



5) Minta Menteri Sumber Manusia menyatakan kaedah-kaedah yang berbeza dan yang telah dikenalpasti untuk memastikan bahawa inisiatif ‘Place and Train ini membuahkan kejayaan sedangkan KWPSM telah melancarkan inisiatif yang serupa seperti 'Place and Train' sebelum PRU14 yang dikenali sebagai 'Train and Place' , tetapi terbukti tidak berjaya setelah berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan oleh kerajaan.


6) Minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan anggaran pekerja yang hilang pekerjaan akibat pandemik COVID-19 dan strategi yang digunapakai oleh pihak Kementerian untuk menangani pengangguran tersebut.



7) Minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah siswazah yang bakal memasuki pasaran pekerjaan tahun ini dan bagaimanakah Kerajaan boleh memberi jaminan bahawa golongan muda ini akan memperoleh penempatan pekerjaan. Apakah langkah-langkah baru yang diambil Kementerian bagi menangani kadar pengangguran yang semakin teruk.



Pertanyaan bagi Jawab Bertulis



8) Minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah dan dasar untuk mengawal pengambilan pekerja asing agar tidak berlaku diskriminasi terhadap pekerja tempatan terutamanya berkaitan hak untuk mendapatkan pekerjaan.



9) Minta Perdana Menteri menjelaskan perkembangan terkini siasatan pihak SPRM terhadap Kuil SRI MAHA Mariamman Devasthanam, Batu Caves yang di mana telah diserbu oleh pihak SPRM pada bulan Mac 2019.


B) Sila nyatakan hasil siasatan dalaman “ Bad Apple ” yang telah dilakukan dan dikenalpastikan oleh pihak SPRM terhadap kuil tersebut.



10) Bertanya kepada Perdana Menteri berapa kalikah Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menjalankan AUDIT FORENSIK ke atas Penyata Kewangan Kuil SRI MAHA Mariamman Devasthanam, Batu Caves dari tahun 1992 hingga tahun 2020. Sekiranya tidak, adakah Jabatan Peguam Negara (AGC) akan memberikan pertimbangan supaya mengaudit penyata kewangan Kuil SRI MAHA Mariamman Devasthanam, Batu Caves untuk jangka masa sekurang-kurangnya 10 tahun untuk mengusir keresahan di kalangan orang Hindu terhadap kewangan kuil berikutan dengan serbuan pasukan penyiasat SPRM yang telah merampas berjuta-juta wang tunai, emas dan barang-barang berharga daripada pengerusi dan pemegang amanah kuil tersebut?




11)Bertanya kepada Perdana Menteri mengapakah Kuil SRI MAHA Mariamman Devasthanam tidak berdaftar dengan Akta Pertubuhan 1966 ( Akta 335) atau entiti undang-undang lain untuk memastikan akauntabiliti dan transparensi dipatuhi. Kuil ini masih beroperasi mengikut Perintah Mahkamah sejak tahun 1930.


B) Sila jelaskan perkembangan terkini mengenai tanah Kuil SRI MAHA Mariamman Devasthanam, Batu Caves.




12)Minta Perdana Menteri menyatakan langkah langkah yang bersesuaian untuk merancakkan dan memacu semula sektor perhotelan dan pelancongan agar tidak terlalu terjejas.


b) Apakah langkah-langkah drastik yang akan diambil oleh kerajaan untuk membantu pekerja yang telah menganggur dalam sektor ini?

Comments