Pemimpin DAP Teresa Kok mengakui sudah tiba masanya parti itu mendekati semua bangsa.
Roketkini yang menyasarkan golongan Melayu, menampilkan rencana, berita dan wawancara. Wawancara dengan ahli majlis negeri Selangor, Teresa Kok adalah yang akan menarik minat orang Melayu.
Dalam wawancaranya, Teresa mengakui sudah tiba masanya untuk DAP untuk mendekati semua bangsa.
Satu lagi artikel yang menarik adalah ‘Mengenali DAP’ di mana rencana mengenai salahsilah DAP.
DAP sebuah parti majoriti ahlinya kaum Cina itu sering diserang oleh Umno, dengan menggunakan media perdana bahawa DAP adalah sebuah parti yang mengamalkan politik perkauman.
Naib presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pernah mengakui bahawa parti itu telah gagal menarik sokongan orang Melayu yang disasarkan kerana Umno cuba melabelkan DAP sebagai sebuah parti cauvinis kaum Cina.
Jadi, tujuan DAP melancarkan portal berita Roketkini dengan harapan dapat mendampingi orang Melayu dengan maklumat terkini.
Menurut Zairil Khir Johari yang menganggotai lembaga penasihat portal berita berkata, DAP tidak berniat hanya menyediakan maklumat bagi penduduk bandar sahaja, tetapi ia juga akan bertindak sebagai alat untuk mendampingi masyarakat Melayu luar bandar.
Roket bahasa Malaysia
Zairil juga berkata DAP tiada sokongan akar umbi di kawasan luar bandar walaupun ada akhbar Roket versi Bahasa Malaysia.
Parti, katanya sukar mengedarkannya kerana masalah permit Kementerian Dalam Negeri.
“Dengan adanya Roketkini masalah ini akan dapat diselesaikan meskipun orang Melayu berpendapatan rendah kemungkinan tiada komputer, tetapi mereka masih akses kepada Internet,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Roketkini juga menyediakan rangkaian sosial seperti Twitter dan Facebook supaya para pengguna internet mudah akses kepada Roketkini.
Dengan adanya Roketkini, DAP dilihat bakal bersaing menguasai pengundi Melayu dan juga penduduk luar bandar.
Comments
Post a Comment