Penduduk setempat mendakwa tiada penyelenggaraan dilaksanakan oleh MBI sejak enam bulan.
Jeremy Chuah (Naib Pengerusi DAP Pasir Puteh) & D. Tanabalan (Setiausaha Politik kepada YB. M. Kula Segaran, Ahli Parlimen Ipoh Barat) telah meninjau kawasan berkenaan bersama penduduk sekitar.
Longkang sedalam empat hingga lima kaki tersebut di Jalan Guntong adalah merupakan longkang utama bagi jalan besar, kawasan kediaman dan kawasan perniagaan di sekitarnya.
Berturutan masalah tersebut penduduk sekitar juga mengadu bahawa pembiakan nyamuk berleluasa dan kes-kes demam denggi meningkat.
Pihak MBI diminta agar membuat pemantauan serta mengambil tindakan keatas mana-mana pekerja & kontraktor yang berkenaan yang tidak menjalankan tugas bagi mengatasi masalah kesihatan merebak.
Dimanakah pendirian MBI dimana slogannya menyatakan Mesra, Bersih dan Indah tetapi keadaan sebenarnya bertentangan.
D. Tanabalan
Comments
Post a Comment